Don Mancini Buat Pengumuman Siri TV 'Child's Play' Bakal Diterbitkan


Pencipta karakter Child's Play dan juga francais tersebut, Don Mancini mengumumkan di laman Twitternya yang francais tersebut akan diterbitkan dalam format siri TV tidak lama lagi. Francais yang bermula pada tahun 1988 berkisar mengenai Chucky, patung yang mana dirasuki roh seorang pembunuh bersiri.


Siri filem Chucky berterusan selama tujuh filem setakat ini. Ada juga khabar angin menyatakan Child's Play akan mempunyai crossover dengan A Nightmare on Elm Street. 


Dengan munculnya pengumuman daripada Don Mancini berkenaan siri tv ini, masih banyak persoalan yang belum terjawab. Tidak diketahui sama ada Child's Play versi siri TV akan berkesinambungan dari Cult of Chucky atau ianya ialah versi reboot. 

Brad Dourif dan Jennifer Tilly yang sebelum ini menyumbangkan suara untuk Chucky dan Tiffany akan kembali. Namun, berita ini belum ada pengesahan dan masih berstatus khabar angin. Mancini tidak membuat pengumuman berkenaan ini lagi buat masa ini. 


Catat Ulasan

0 Ulasan