Disha Patani Lakon Watak Ahli Sarkas Dalam 'Bharat'


Bollywood bakal membikin filem adaptasi filem Korea Ode to my Father yang diberit tajuk Bharat. Watak utama filem adaptasi ini akan dilakonkan oleh Salman Khan dan filem ini dirancang untuk ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun 2019. 


Buar masa ini, laporan daripada Times of India menyatakan bahawa Priyanka Chopra akan menjadi pasangan kepada Salman Khan dalam filem ini. Malah, Disha Patani juga akan terlibat dalam filem ini walaupun wataknya masih kekal rahsia. 


Ada sumber menyatakan bahawa Disha Patani akan melakonkan watak adik kepada Salman Khan. Watak Disha Patani ialah seorang ahli akrobatik yang berkidmat di sarkas dimana dia melakukan aksi yang luar biasa. 

Dikatakan bahawa adegan sarkas dalam filem Bharat ialah diinspirasikan daripada filem Bollywood klasik 'Mera Naam Joker'. 

Catat Ulasan

0 Ulasan