'Dabangg 3' Bakal Adaptasi Kisah Benar Polis Dan Kes Ahli Politik



Dabangg antara filem lakonan Salman Khan yang box-office suatu ketika dahulu. Filem pertama diterbitkan pada tahun 2010 manakala sekuelnya diterbitkan pada tahun 2012. Kisah berkenaan watak polis bernama Chulbul Pandey bakal menerima filem ketiganya yang bakal ditayangkan pada Hari Republik pada tahun 2019.

Time of India menyatakan bahawa filem Dabangg 3 akan mengadaptasi kisah watak polis sebenar yang mana akan menjadi watak dan kisah utama dalam filem ini. Kisah benar tersebut kemudiannya akan diadaptasi supaya sesuai dengan cerita dan karakter filem Dabangg 3. Kisah Dabangg 3 akan menceritakan bagaimana seorang polis cuba untuk menghalang kes yang melibatkan ahli politik. 

Dabangg 3 akan diarahkan oleh Prabhudeva dan dirancangkan memulakan penggambarannya tak lama lagi


Catat Ulasan

0 Ulasan