'Bumblebee' Hanya Akan Tampilkan Tiga Decepticons Sahaja


Tidak seperti filem Transformers sebelum ini, Bumblebee hanya akan menampilkan tiga sahaja watak dari Decepticons. Hal ini kerana bajet filem Bumblebee ialah lebih rendah daripada filem Transformers: The Last Knight. Malah, filem ini juga akan menampilkan watak utama perempuan pertama dalam francais itu.


Latar masa filem Bumblebee ialah pada tahun 1987 dan mengisahkan watak Autobot bernama Bumblebee dengan misinya. Bumblebee bertembung dengan Charlie (Hailee Steinfeld) dan disebabkan misi tersebut akan berfokus kepada Bumblebee, maka agak logik hanya beberapa watak Decepticons sahaja yang akan mengekorinya.

Filem ini ditulis lakonlayarnya oleh Christina Hodson, yang mana menjadi penulis lakon layar wanita pertama untuk francais Transformers. Lorenzo di Bonadventura selaku penerbit filem ini telah memuji lakonlayar tulisannya dalam sebuah temubual bersama Entertainment Weekly. 
[Christina Hodson] wrote a really beautiful script that really played into the emotion of the relationship of the two. So looking at the movie from that perspective, we thought, we don’t want to overwhelm one Autobot with too many Decepticons. So he has three primary antagonists.
Dalam temubual itu, didedahkan juga bahawa para Decepticons akan bersembunyi dalam bentuk kenderaan. Walaupun begitu, tiga watak Decepticons yang bakal muncul masih kekal sebagai rahsia. Satu daripada Decepticons sudah didedahkan dalam trailer namun namanya masih belum didedahkan. 

Bumblebee mungkin mengambil tindakan bijak apabila mengurangkan jumlah Decepticons dalam filem ini. Hal ini kerana kelemahan ketara filem Transformers terdahulu tidak mempunyai masa yang cukup masa untuk mengembangkan setiap watak antagonisnya kerana terlalu banyak watak Decepticons dan juga Autobots.

Checkout Youtube kitorang dan jangan lupa subscribe...

Catat Ulasan

0 Ulasan