'Blok 404' Perlu Diboikot Kerana Dana Filem Datang Dari Sumber Penipuan?


Sebuah fanpage popular yang sentiasa mendedahkan penipuan di Malaysia menggesa supaya filem Blok 404 diboikot. Berdasarkan status di laman fanpage tersebut yang dimuat naik pada 18 Jun 2018, laman tersebut memberikan beberapa sebab kenapa filem tersebut perlu diboikot.


Blok 404 ialah sebuah filem arahan Isma yang mana dibintangi oleh Zamarul Hisyam, Raja Azrey dan Boy Iman sendiri di samping beberapa pelakon lain seperti Fasha Sandha, Adrea Abdullah dan lain-lain. 

BOYCOTT BLOK 404 

1. Penipuan Boy Iman hanya tinggal satu lagi lifeline sebelum terus menjunam dan dikuburkan, iaitu dari kutipan filem Blok 404. 

2. Mungkin ada yang berpendapat Boy akan siapkan rumah mangsa bila dapat untung dari kutipan filem. 

3. Well, knowing him and looking at what he did with the money paid by victims, sudah tiada ruang untuk trust Boy Iman. 

4. Jika Boy kembali berduit, dia hanya akan buat new plan dan recruitment untuk lebarkan sayap scam perumahan.

5. Nak harapkan pihak berkuasa ambil tindakan macam dah tak kesampaian. 

6. Maka sebagai langkah pencegahan untuk mengelak lebih ramai jadi mangsa lumpuhkan pergerakan Boy Iman dengan menyekat sumber kewangan.

sumber: PW Community


Sebelum ini, Dato' Boy Iman, penerbit filem ini pernah terlibat dalam beberapa skandal penipuan. Blok 404 ialah adaptasi daripada telemovie Blok 404 yang pernah laris suatu ketika dahulu. Filem ini ialah filem bergenre slasher yang mana mempunyai adegan pembunuhan kejam yang jarang disaksikan dalam filem Malaysia.

Filem ini kini sudah ditayangkan di pawagam. 

Catat Ulasan

0 Ulasan