Babak Ranjang Adrea Abdullah Dalam 'Blok 404' Terpaksa Dipotong


Adrea Abdullah bukanlah nama yang asing dalam dunia filem Malaysia. Terbaru, pelakon yang sebelum ini pernah berlakon dalam filem 2 Alam, Abuya: Part 2, Mendidih Bro dan Kahwin Lima kembali memunculkan diri dalam filem terbarunya, Blok 404.


Blok 404 ialah sebuah filem adaptasi daripada filem VCD yang popular dengan tajuk yang sama. Filem ini diarahkan oleh Isma dan dilakonkan oleh beberapa pelakon asal seperti Raja Azrey, Boy Iman, Zamarul Hisham dan ramai lagi.


Bercakap kepada Hangat.com, Andrea mengakui bahawa dia agak terkejut dan kurang yakin selepas menerima tawaran untuk memegang watak ini.
Sebenarnya masa dapat watak itu, saya dah risau. Watak itu bukan diri saya, bukan Adrea! saya sendiri tak yakin pegang watak ini selepas membaca skrip. Saya akui rasa meremang bulu roma bila dapat watak ini.


Andrea juga berkata, untuk menghidupkan wataknya dengan baik, dia mengkaji dan melakukan homework dan juga dibimbing oleh Isma dan rakan-rakannya.
Isma telah meyakinkan saya untuk memegang watak ini dan saya bernasib baik mempunyai kawan-kawan yang mempunyai perangai macam tu (Wanita jalang). Saya jadikan mereka sebagai ‘Case Study'” katanya ketika Sesi pratonton filem Blok 404 bersama media Selasa lalu.
Apabila ditanya tentang babak yang dipotong dalam filem Blok 404, Andrea menceritakan bahawa sememangnya ada babak yang dilakonkan tetapi tidak dimasukkan dalam suntingan dan juga untuk penilaian Lembaga Penapisan Filem.

Ada babak yang tidak dimasukkan dalam filem ini iaitu babak rakaman cctv dalam bilik di mana gina sedang berasmara dengan pasangannya malah dalam proses suntingan pun, babak ini tak dimasukkan kerana terlalu daring.
Andrea menyatakan bahawa watak yang dibawanya cukup mencabar dan dia sudah serik untuk melakonkan watak sedemikian. Filem Blok 404 sudah mula ditayangkan di pawagam berhampiran. 

Catat Ulasan

0 Ulasan