Avengers: Infinity War Kini Kutip USD 2 Billion Di Seluruh Dunia


Avengers: Infinity War kini menjadi filem keempat dalam sejarah perfileman yang menjangkau angka USD2 billion dalam kutipan box-office seluruh dunia. Filem yang diterbitkan selepas 10 tahun Marvel Cinematic Universe bertapak itu menggabungkan pelbagai superhero Marvel dalam satu filem yang mengisahkan Thanos yang ingin melenyapkan separuh populasi alam semesta.


Filem arahan Russo Brothers ini antara filem yang tercepat menjangkau kutipan USD1 billion. Dan kini, selepas dua bulan lebih ditayangkan, filem itu menjangkau angka USD2 billion. Saingannya seperti Deadpool 2 dan Solo: A Star Wars Story bukanlah perkara yang menjatuhkan filem ini apabila ianya berada selesa di tempatnya. 

Laporan yang disahkan oleh Forbes ini sekaligus membawa Infintity War berada sebaris dengan filem seperti Avatar, Titanic dan Star Wars: The Force Awakens. Adalah amat menarik untuk melihat bagaimana Avengers 4 yang bakal ditayangkan akan memecahkan rekod yang sedia ada buat masa ini.

Jangan lupa checkout Youtube kitorang:


Catat Ulasan

0 Ulasan