'Ant-man and the Wasp' Akan Bersambung Terus Ke 'Avengers 4'





Filem Ant-man and The Wasp akan mempunyai kaitan dengan Avengers 4. Dalam sebuah featurette terbaru untuk promosi filem ini, Kevin Feige menjelaskan bahawa filem Ant-man and The Wasp bukan sahaja sebuah filem standalone tetapi sebuah kisah yang mana akan berkait dengan filem Avengers 4.
Ant-Man and The Wasp also connects directly to Avengers 4. These characters are going to be very important going forward.
Semestinya ianya bukanlah rahsia besar tentang kemunculan Ant-Man dan juga The Wasp dalam filem Avengers 4. Tetapi, apakah peranan mereka dalam filem tersebut masih lagi kekal sebagai sebuah spekulasi. Beberapa foto bocor dari set filem menunjukkan bahawa watak The Wasp mungkin hanya kecil sahaja berbanding watak lain.


Filem Ant-man and The Wasp membuka teori baru tentang kaitan Quantum Realm dan juga kaitannya dengan tumpasnya Thanos dalam Avengers 4. Dalam video featurette di atas, ada dikisahkan tentang Quantum Realm dan juga misi untuk menyelamatkan Janet Van Dyne. Namun, spekulasi hanya kekal spekulasi tentang kaitan filem ini dan Avengers 4.

Catat Ulasan

0 Ulasan