Watak Vulture Disahkan Akan Kembali Dalam 'Spider-man: Homecoming 2'


Pelakon Michael Keaton dilaporkan akan kembali memegang watak Adrian Toomes ataupun lebih dikenali sebagai The Vulture dalam filem Spiderman: Homecoming 2. Filem sekuel Spider-man ini akan menjadi antara filem pertama dalam Phase 4 Marvel Cinematic Universe selepas lahirnya filem Avengers 4 yang akan diterbitkan tahun depan.


Filem Spider-man: Homecoming 2 juga menjadi filem terakhir Marvel bagi tahun 2019. Walaupun Peter Parker sememangnya akan kembali walaupun terlibat dalam Infinity War, kita tidak tahu sama bagaimanakah Peter Parker akan menghadapi pasca Infinity War. 

Kembalinya watak Michael Kieton dalam filem sekuel ini disahkan oleh Variety. Dalam masa yang sama, dilaporkan bahawa Jake Gylenhaal akan terlibat sama dalam filem tersebut sebagai Mysterio. Tidak dapat dipastikan sama ada The Vulture akan bekerjasama dengan Mysterio ataupun sebaliknya.

Selain itu, disahkan juga bahawa Zendaya dan Marisa Tomei akan kembali untuk memainkan watak mereka dari filem sebelum ini. Pengarah Jon Watts dan penulis lakon layar John Francis Daley dan Jonathan Goldstein juga akan kembali. Terdapat spekulasi bahawa Spider-man: Homecoming 2 akan menampilkan Sinister Six, namun ianya tidak dapat dipastikan.

Catat Ulasan

0 Ulasan