'Transformers 7' Digugurkan Dari Barisan Filem Paramount Bakal Tayang 2019



Nasib filem terbaru Transformers nampaknya samar-samar apabila Paramount Pictures memilih untuk menarik balik tarikh tayangan asal filem ini yang dijadualkan pada tahun 2019. Filem aksi robot yang dimulakan oleh Michael Bay ini bermula pada 2007 ini dengan pelbagai reaksi daripada penonton. Filem terakhir Transformers, The Last Knight menerima kritikan negatif daripada peminat.


Walaupun begitu begitu, Paramount nampaknya tidak pernah menyesal menerbitkan siri filem tersebut kerana pulangannya yang agak lumayan. Kini, spinoff filem Transformers, Bumbleblee bakal dihasilkan dan diarahkan oleh Travis Knight. Filem ini dijadualkan tayangannya pada tahun 2019.

The Wrap melaporkan bahawa Paramount memilih untuk menarik balik tarikh tayangan yang dijadualkan pada 28 Jun 2019. Namun, tarikh tayangan tersebut diganti dengan sebuah filem komedi bertajuk Limited Partners.

Apapun, kini para penonton boleh menyaksikan filem Bumblebee yang mana mungkin akan menyaksikan sesuatu yang berbeza daripada filem Transformers sebelumnya. Jika Bumblebee berjaya, kemungkinan Transformers 6 mungkin akan direalisasikan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan