Spin-off Hobbs Dan Shaw Lebih Mirip Kepada 'Lethal Weapon'

Pengarah filem spin off Fast & Furios, David Leitch menyatakan bahawa Hobbs dan Shaw akan difilemkan macam filem 'buddy' seperti filem Lethal Weapon. Selepas 8 filem dan mengutip USD5.1 billion di seluruh dunia, nampaknya Fast & Furious bakal menerima filem spin off pertama mereka sebelum Fast & Furious 9 muncul pada 2020.


Walaupun maklumat berkaitan projek ini masih kurang, David Leitch sudah bercerita tentang inspirasinya untuk menghasilkan Spin-off Hobbs dan Shaw yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi kepada IGN dalam satu temubual. 
There are these buddy movies from the 80s and 90s like Lethal Weapon and 48 hours that really speak to me as a filmmaker. They're ones that made me want to be a filmmaker in the first place. So to see the chemistry they (Johnson and Statham) had in the last Fast, and to see the potential that they could be...it was hard not to say yes, and say, let's go do this.
Zaman 80an sememangnya penuh dengan filem 'buddy'. Formulanya mudah. Letak sepasang watak yang mana tak serasi, selepas itu masukkan dalam satu situasi yang agak sukar, dan lihat hubungan mereka menjadi makin serasi. Semestinya kisah Hobbs dan Shaw sudah menjadi rakan baik dalam filem Fast & Furious 8, namun pastinya filem spin-off ini akan menyajikan sesuatu yang baru.

Kita tunggu saja perkembangannya nanti.

Catat Ulasan

0 Ulasan