Setelah Bergelar Penyanyi, Kini Salman Khan Jadi Penulis Lirik Lagu 'Race 3'


Bagi Salman Khan, tiada sesuatu di dunia ini yang mustahil. Kenapa? Sebab Salman Khan kini cuba untuk menjadi seorang penulis lirik pula selepas bergelar penyanyi dalam filem Hero sebelum ini. Percaya atau tidak, Salman Khan menulis sebuah lirik lagu untuk filem Race 3 yang bakal ke pawagam 15 Jun nanti.


Ini ialah percubaan pertama Salman Khan menulis lirik untuk lagu berjudul Selfish yang dicipta oleh pengarah muzik Vishal Mehra.
While discussing the creative for the song, I penned down a few thoughts on paper in sync with the plot of the film, which is about the selfishness within the family. When Vishal Mishra heard it, he got extremely excited and said he will come back with a tune for the same. I said, 'But this is a part of a conversation and not lyrics'.

Salman Khan menyatakan bahawa lirik lagu Selfish lebih kepada perbualan yang menggambarkan sifat keluarga baru Race 3. Lagu itu dinyanyikan oleh Atif Aslam yang sebelum ini pernah menyumbangkan suaranya untuk lagu Pehli Nazar (Race) dan Beintehaan (Race 2).

ds info and privacy
Filem Race 3 ialah sekuel terbaru siri filem Race yang sebelum ini diarahkan oleh Abbas-Mustan. Kali ini, pengarah Remo D'Souza mengambil alih kerusi pengarah. Salman Khan pula menggantikan Saif Ali Khan daripada filem terdahulu.

Catat Ulasan

0 Ulasan