Senarai Penuh Barisan Pelakon 'John Wick: Chapter 3' Masukkan Yayan Ruhian Dan Cecep Arif Rahman


Barisan pelakon filem John Wick: Chapter 3 kini didedahkan. Kelihatan bahawa siri ketiga filem John Wick ini bakal menampilkan watak-watak baru di bawah pengarah Chad Stahelski dan David Leitch. John Wick juga menjadi permulaan baru kepada karier Keaunu Reeves semenjak dilancarkan pada tahun 2014.


Selepas kejadian dalam Chapter 2, John Wick kini dalam pelarian lagi. Di penghujung filem tersebut, keseluruhan komuniti pembunuh upahan cuba untuk membunuhnya. Tidak diketahui siapakah yang akan berhadapan dengan John Wick, namun, setakat ini, barisan pelakon untuk filem ini sudah pun didedahkan.

John Wick: Chapter 3 telah menambah beberapa barisan pelakon baru. Sepertimana yang disahkan di Twitter rasmi filem tersbeut, Anjelica Huston (The Addams Family), Asia Kate Dillon (Orange is the New Black), Mark Dacascos (Agents of S.H.I.E.L.D) dan Jason Mantzoukas (Brooklyn Nine-Nine) telah disahkan menyertai barisan pelakon filem ini.

Anjelica Huston akan memainkan watak The Director of the High Table manakala Asia Kate Dillon akan memainkan peranan The Adjudicator. Mark Dacascos akan memainkan watak seorang pembunuh upahan bernama Zero manakala Jason Mantzoukas akan memainkan watak pembunuh upahan bernama Tick Tock Man.

The Hollywood Reporter mendedahkan bahawa bintang The Raid, Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman juga bergabung sebagai sebahagian daripada pembunuh upahan bersama dengan Tiger Hu Chen (Man of Taichi). 

Laurence Fishburne akan kembali untuk filem ini. Ian McShane danLance Reddick juga akan kembali memainkan watak mereka dari filem sebelumnya. 

Nampaknya, gandingan filem ini sememangnya mantap! Tunggu perkembangan terkini dari kami tentang filem ini nanti ya!

Catat Ulasan

0 Ulasan