Ryan Reynolds Bekerjasama Dengan Michael Bay Dalam 'Six Underground'


Pelakon Deadpool, Ryan Reynold kali ini bakal bergandingan dengan pengarah Michael Bay dalam sebuah filem bertajuk Six Underground. Filem tersebut yang diterbitkan oleh Netflix dan Skydance Media akan menjadi filem pertama dimana mereka bekerjasama. Filem tersebut dijangka akan ditayangkan pada tahun 2019.



Menurut The Hollywood Reporter, filem Six Underground akan berkisar tentang enam orang kaya yang mana cuba untuk mereka kematian palsu diri mereka dan lalu menjadi enam orang 'hero' yang memerangi kejahatan. Reynolds dijangka akan memegang salah satu watak tersebut.

Netflix sebelum ini pernah bekerjasama dengan ramai bintang besar termasuk Will Smith, Adam Sandler dan ramai lagi. Apapun, kita tunggu sahaja gabungan mantap pengarah dan pelakon ini. 

Catat Ulasan

0 Ulasan