Russo Brothers Sahkan Watak Sampingan Yang Hidup Dan Mati Selepas Tragedi 'Infinity War'

Pengarah Avengers: Infinity War, Anthony dan Joe Russo mengesahkan nasib beberapa watak kecil dunia Marvel Cinematic Universe yang mana tidak muncul dalam filem Infinity War tetapi ada dalam dunia tersebut. Bercakap kepada Huffington Post, Russo Brothers menceritakan bahawa watak-watak berikut terselamat dan masih ada.

Dalam Infinity War, kita tahu bahawa watak yang terselamat ialah Rocket Raccoon, Steve Roger, Thor, Black Widow, Bruce Banner, War Machine, Tony Stark, Nebula dan Okoye. M'baku juga telah disahkan terselamat manakala nasib Shuri masih belum diketahui. Begitu juga nasib Hawkeye yang tiada dalam filem Infinity War.

Berikut ialah senarai karakter sampingan yang terselamat dan sudah tiada.

1. Howard the Duck (disahkan hidup)

Watak ini dapat ditonton dalam post-kredit filem Guardians of the Galaxy dan menggunakan suara Seth Green. Watak ini muncul buat kali kedua dalam Guardians of the Galaxy Vol 2!

2. Jane Foster (disahkan hidup)

Jane Foster lakonan Natalie Portman pertamakali muncul dalam filem Thor sebelum muncul sekali lagi dalam sekuelnya, Thor: The Dark World. Thor dan Jane Foster menjadi kekasih namun kisah percintaan mereka gagal dan berakhir sebelum Thor: Ragnarok bermula.

3. Peniru Loki / Matt Damon (disahkan mati)

Pelakon Matt Damon membuat kemunculan mengejut dalam Thor: Ragnarok sebagai pelakon dalam satu pementasan yang memegang watak Loki. 

4. Betty Ross (disahkan mati)

Sedekad lalu, kisah cinta Bruce Banner dikaitkan dengan Betty Ross, anak kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Thaddeus Ross. Betty muncul dalam filem The Incredible Hulk namun hubungan antara mereka tamat apabila Bruce Banner menjalinkan cinta dengan Black Widow semenjak Age of Ultron.


5. Miek & Korg (tidak disahkan)

Watak sahabat baik Miek dan Korg antara watak yang diminati peminat dalam Thor: Ragnarok. Mereka dilihat kali terakhir dalam kapal Statesman di akhir filem Thor: Ragnarok. Namun, nasib mereka dalam filem Infinity War tidak diberitahu secara jelas oleh Russo Brothers kerana ianya masih kekal sebuah 'spoiler'.

6. Shuri (tidak disahkan)

Shuri, saintis muda dari Wakanda dilihat kali terakhir cuba untuk mengeluarkan Mind Stone dari kepala Vision. Namun, dia diserang sebelum proses tersebut selesai. Walaupun Shuri mungkin terselamat dalam serangan itu, sama ada dia hilang bersama selepas petikan jari Thanos tidak diberitahu oleh pengarah Infinity War kerana ianya 'spoiler'.

7. Nakia (tidak disahkan)

Russo Brothers memberitahu bahawa Nakia tidak muncul dalam filem Infinity War kerana sedang menjalankan misi lain. Nasibnya masih kekal misteri kerana ianya sebuah 'spoiler'. Namanya tidak pernah disebutkan langsung dalam Infinity War.

8. Need Leeds (tidak disahkan)

Nasib Need Leeds, rakan baik Peter Parker juga tidak dapat dipastikan lagi. Kata Russo Brothers, ianya masih lagi sebuah 'spoiler'.

9. Aunt May (disahkan hidup)

Aunt May yang pertamakalinya muncul dalam filem Captain America: Civil War sebelum Spider-man: Homecoming disahkan hidup oleh Russo Brothers!


10. Lady Sif (disahkan mati)

Lady Sif muncul dalam siri filem Thor disahkan sudah tiada di dunia ini oleh Russo Brothers.

11. Galaga Guy (disahkan mati)

Yang ni pun mati juga!

Walaupun ada beberapa nasib watak sampingan yang tidak diketahui hujung pangkalnya, kita masih boleh berharap bahawa ada beberapa watak yang mati akan kembali. Namun, buat masa ini, kebanyakan watak ini sudah disahkan nasibnya dan bagi yang masih kekal 'spoiler', kita tinggalkan nasib mereka atas bagaimana penceritaan filem mendatang mempengaruhi kemunculan mereka.

Catat Ulasan

0 Ulasan