Pengarah 'The Predator' Janjikan Filem Kali Ini Hebat Seperti Filem Asal


Filem Predator yang asal mencetuskan fenomena pop yang sangat berjaya pada zaman 80an. Predator selepas itu menjadi antara watak yang dikenali dan juga idola para peminat filem. Kini, pada tahun 2018, sekuel terbaru filem tersebut, The Predator bakal disajikan kepada penonton. Pengarah filem The Predator, Shane Black menjanjikan bahawa penonton akan disajikan dengan nikmat yang sama seperti filem asal.

It’s ultimately gonna be a thriller. It’s not gonna be a comedy. It’s an R-rated movie and it’s supposed to be a kind of harrowing experience,” Black shared with Collider. “If you bought a comic book that just said, ‘Genre Sh-t’ and started reading it, it could well be this movie.
Pengarah filem The Predator menyatakan bahawa filem The Predator bukan sahaja menjanjikan elemen thriller tetapi juga memberikan elemen romantik, misteri dan juga apa sahaja yang boleh menjadikan filem Predator sebuah filem yang boleh dinikmati peminatnya.

Di masa ini, kecanggihan teknologi juga menjadikan elemen si fi yang mustahil di masa lalu kini boleh direalisasikan. Walaupun begitu, kebergantungan kepada CGI menyebabkan para penonton terputus dengan realiti yang ingin disajikan. Hal ini disangkal oleh pengarah filem ini apabila filem ini dikatakan mampu untuk memberi kekuatannya yang tersendiri.
I think there was a great deal of nostalgia and also a desire to do a kind of old-school thriller in the form of The Predator, because I think the reason there’s a lasting quality that the original movie has is due in part to the fact that it was made before it was so easy to just do a bunch of CGI effects and before video games had taken hold as well. Obviously we’ve kept up on visual effects and technology and we’re big fans-but let’s try to do an old-school kind of real hearty and heartfelt kind of war movie surrounding this story.
Sejauh mana kata-kata pengarah The Predator ini benar, kita akan hanya dapat saksikannya di pawagam kelak.

Catat Ulasan

0 Ulasan