TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Pengarah Jelaskan Kenapa Jamie Foxx Sesuai Untuk Berlakon Dalam 'Spawn' Versi Reboot


Pelakon Jamie Foxx sudah disahkan akan memegang watak utama dalam filem Spawn yang bakal diarahkan oleh Todd McFarlane. Spawn menceritakan tentang seorang anggota CIA yang bernama Albert Simmons yang mana dikhianati dan dibunuh oleh rakan baiknya sendiri. Selepas dia ke neraka, dia menjual rohnya untuk kembali ke dunia untuk melihat isterinya. Untuk ke dunia, dia bertukar menjadi karakter anti hero yang dikenali sebagai Spawn.


Spawn antara komik yang laku keras ketika diterbitkan pada 1982. Komik tersebut terjual sebanyak 1.7 juta salinan ketika pertamakali ianya terbit. Sekarang ini, pencipta komik tersebut, Todd McFarlane bakal menjadikan Spawn sebagai filem pertamanya dengan mengadaptasi watak tersebut ke dunia filem.

McFarlane menyatakan kepada Deadline bahawa Jamie Foxx memang layak untuk watak tersebut. Ada beberapa kualiti daripada pelakon itu yang dia mahukan untuk mencipta adaptasi yang berjaya. 
There are five or six moments where I’m going to need things from my actors, and a couple of them have to come from Jamie, and I’ve seen him deliver them onscreen. He gets into a zone, with body language and a look that basically will say way more than anything I could type on a piece of paper, and this movie is going to need those moments. And in the odd moment where he has to deliver a line that’s short, curt, and has impact, he can do it in a way that makes you go, ‘Whoa, I don’t want to mess with that guy. What a badass.
Pada tahun 1997, New Line Cinema pernah mengadaptasikan komik ini dan dibintangi oleh John Leguizamo, Martin Sheen, Theresa Randle dan Michael Jai White sebagai Spawn. Filem tersebut berjaya mengutip keuntungan namun agak kurang mendapat sambutan daripada pengkritik. Adaptasi terbaru Spawn ini bakal dihasilkan dengan klasifikasi R-rated. 

Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

10 Fakta Tentang Filem Epik Shah Rukh Khan 'Asoka'

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]