Pengarah Bollywood Bakal Bikin Filem Tentang Kejayaan Tun Mahathir Tumbangkan BN


Penerbit filem Bollywood berminat untuk menerbitkan filem berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad berkisar tentang kejayaannya menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua. Di dalam filem tersebut, Tun M akan digambarkan sebagai seorang penyelamat yang cuba untuk menumpaskan korupsi di Malaysia.


Raman Kumar, pengarah filem Bollywood yang mana filem terakhirnya diterbitkan sekitar tahun 2010 berkata bahawa filem tersebut akan berkisar tentang dunia politik dan bagaimana Dr Mahathir menggunakan kemahirannya sebagai bekas perdana menteri yang memegang tampuk kepimpinan selama 22 tahun untuk kembali memimpin negara yang dipenuhi korupsi.
I want to direct and produce this movie because Dr Mahathir, at 92, has brought Malaysians together in what proved to be a victorious election (for him and his coalition). He's indeed a marvel of strength, will and tenacity.
 Pengarah filem Asa Mi Tasa Mi (2010) itu bercakap kepada Bernama bahawa filem tersebut akan diberi tajuk 'Malaysia's Saviour Mahathir'. Filem tersebut akan dirakamkan dalam Hindi dan akan dialih suara ke bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Raman Kumar sebelum ini pernah menghasilkan lebih 10 buah filem yang mana 5 daripadanya dilakonkan di Malaysia menyatakan bahawa kepimpinan Tun M untuk memupuk pepaduan antara kaum di Malaysia sehingga Pakatan Harapan memenangi kerusi pemerintahan selepas 60 tahun merdeka ialah sesuatu yang amat dikagumi.
I want to tell the intense story of the remaking of Malaysia after six decades of trials and tribulations, and the way Malaysians intensely felt the moment the (then) opposition won (the election).
Dalam pilihanraya ke 14 baru-baru ini, Tun M berjaya menjatuhkan Barisan Nasional yang dinaungi oleh Datuk Seri Najib Razak dan membentuk Malaysia yang baru. 
Malaysia was reborn. May 9 was a new day. Malaysia has been given a new chance. I find Dr Mahathir a colourful character and we want to tell the story as it is. It involves a lot of research and we've engaged a Malaysian scriptwriter who has a better understanding of Malaysian politics
Filem tersebut dijangka akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagian daripada kru filem akan dibawa daripada Mumbai.

Catat Ulasan

0 Ulasan