Mungkinkah Ini Cara Ant-man Terlepas Dari Jadi Tahanan Di Rumah?


Trailer Ant-man kedua sudah keluar dan ianya akan menjadi filem seterusnya bagi peminat Marvel yang ditunggu-tunggu selepas Infinity War. Kevin Feige mengesahkan bahawa filem ini berlaku sebelum Infinity War, pada ketika Infinity War dan juga selepas Infinity War. Maka, adalah penting untuk para peminat untuk menonton filem ini bagi menjawab persoalan kenapa Ant-man tidak hadir menolong Avengers dalam Infinity War. 


Bagi yang menonton Captain America: Civil War dan Infinity War, kita dapati bahawa Ant-man dan Hawkeye terpaksa menjalani hukuman tahanan di rumah bagi mengelakkan kebarangkalian buruk terhadap keluarga mereka selepas Captain America membebaskan mereka dari penjara. Jadi, persoalannya di sini, bagaimana Ant-man boleh beraksi bersama dengan The Wasp dalam filem ini?



Mungkin secara teori, para penonton trailer akan terlepas pandang satu babak dimana adanya seekor semut besar yang sedang bermain drum. Di kakinya, ada alat pengesan untuk hukuman tahanan di rumah. Adakah Scott Lang mengecilkan dirinya sebelum memasangkan alat tersebut kepada seekor semut?

Mungkin juga ya! Kerana kita lihat kebolehan teknologi untuk mengecilkan dan membesarkan objek dalam filem ini amat gila hebat dan semestinya menjanjikan sesuatu yang unik untuk disaksikan. Apapun, kalau nak tahu lebih lanjut, kita tonton Ant-man and the Wasp di pawagam kelak.

Catat Ulasan

0 Ulasan