Lamborghini, Ferrari, Aston Martin Dan Maserati Antara Kereta Yang Dimusnahkan Untuk Penggambaran 'Race 3'


Francais filem Race semestinya dipenuhi dengan aksi yang mendebarkan dan juga drama yang sangat padat dengan saspen. Seperti filem arahan Rohit Shetty, filem Race tidak lari daripada mempamerkan kereta-kereta mewah yang sangat mahal nilainya.


Pengarah Race 3, Remo D'Souza, yang juga penggemar kereta mewah juga memastikan bahawa kepelbagaian kereta mewah ditampilkan dalam filem kali ini. Kereta seperti Aston Martin, Maserati, Ferrari, Lamborghini dan lain-lain dilaporkan dapat dilihat di dalam filem tersebut nanti. 

Ketika pelancaran trailer filem berkenaan, Salman Khan telah menyatakan kesedihannya apabila beberapa kenderaan berkenaan terpaksa dimusnahkan ketika penggambaran. Pelakon Anil Kapoor dalam majlis yang sama juga mendedahkan bahawa sejumlah 15 buah kereta dimusnahkan dalam filem berkenaan. 

Babak menarik yang boleh disaksikan dalam filem ini dirakam di litar Formula 1 yang mana memberikan keterujaan yang hebat buat penonton. 

Race 3 ialah filem ketiga dalam francais Race yang mana sebelum ini dibintangi oleh Saif Ali Khan. Namun, Saif Ali Khan tidak mahu lagi terlibat dengan sekuel kali ini. Filem kali ini juga bakal menampilkan aksi yang lebih lasak dan suspen yang mana dirakamkan di Thailand, Abu Dhabi dan juga Mumbai. 

Race 3 akan ke pawagam pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan