TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Komedi Drama Berkisar Adat Negeri Sembilan Dalam Filem 'This Is Pilah'


Dalam kehidupan zaman serba moden sekarang ini, tidak dinafikan masih ada lagi segelintir yang masih mempertahankan adat yang diwarisi sejak turun-temurun. Misalnya, dalam Adat Pepatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, perkahwinan pasangan sesama suku memang tidak digalakkan. Itulah yang cuba dipaparkan dalam filem terbaharu berjudul This Is Pilah: The Movie yang akan ditayangkan di pawagam pada 21 Jun 2018.



Filem terbitan Madness Films Sdn. Bhd. itu menampilkan barisan pelakon seperti Juzzthin, Zaidatul Iesna, Kazar Saisi, Ebby Yus, Joey Daud serta penampilan khas penyanyi popular iatu W.A.R.I.S.

Pengarahnya, Rosdi Md. Dali berkata, filem berkenaan digarap 100 peratus menggunakan bahasa dialek Negeri Sembilan. “Uniknya filem This Is Pilah ini kerana ia sepenuhnya menggunakan dialek Negeri Sembilan. Kesemua pelakon yang dipilih juga mempunyai asal-usul dari sini, sekali gus membuatkannya filem ini harus ditonton semua pihak," katanya. 

“Kalau ditanya tentang cabaran pula, saya perlu betul-betul berikan perhatian pada lontaran dialog setiap pelakon memandangkan saya bukan anak kelahiran Negeri Sembilan,” ujarnya yang baru kali pertama mengarahkan filem. 


Tambah Rosdi, proses penggambaran filem berkenaan dilakukan pada bulan September 2017 di Kuala Pilah selama 16 hari. 

“Kalau ditanya tentang harapan pula, sudah tentu saya menginginkan filem ini ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Bagi saya, menerusi filem ini masyarakat akan dapat mengenali dengan lebih dekat budaya dan adat masyarakat di Negeri Sembilan,” jelasnya.

Sinopsis (Bahasa Melayu) 

Drama ini mengisahkan tentang percintaan seorang pemuda bernama Jasni yang sudah lama menaruh hatinya pada Ara, gadis kampung pilihannya. Namun agak sukar untuk Jasni mengambil hati ibu Ara, Mak Siti yang memang dari mula tidak suka dengan Jasni yang dilihatnya sebagai seorang pemuda yang tidak mempunyai masa depan yang cerah walaupun bapanya, Pak Dollah, merupakan seorang usahawan yang berjaya. 



Ibu Ara, Mak Siti mahukan bakal menantunya seorang yang dapat memberikan kebahagiaan kepada Ara, tanpa Ara perlu bekerja untuk mendapatkan rezekinya sendiri. Keadaan menjadi semakin kelam kabut apabila secara senyap-senyap, Pak Dollah sebenarnya juga sudah jatuh hati dengan Mak Siti. Dan untuk mengurangkan kekeliruan nanti, Pak Dollah dan Mak Siti tidak menggalakkan langsung Jasni berkahwin dengan Ara. Alasan yang diberikan ialah Jasni dan Ara adalah satu suku yang sama dan mengikut Adat Pepatih perkahwinan seperti ini sangat tidak digalakkan.



Impian Jasni semakin sukar apabila mendengar khabar yang Ara akan dipinang oleh seorang pemuda dari Seremban. Jasni tidak putus asa sehinggalah disahkan yang Pak Dollah akan menikah dengan Mak Siti. Namun Jasni mendapat semula semangatnya apabila dia disedarkan oleh Waris yang dia adalah anak angkat dan tidak mempunyai talian langsung dengan keluarga Arad an bukannya dari satu suku yamg sama. Walaupun begitu, Jasni perlu bertindak segera sebelum Ara menerimas peminangan dari pemuda Seremban itu.

Trailer

Comments

Menarik!

Dwayne Johnson Serang Tyrese Gibson Gara-gara Kutipan 'Hobbs & Shaw'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

Warner Bros Bikin 'The Matrix 4' Sebab Tak Nak Keanu Reeves Sertai MCU Atau DCEU

Watak Han Mungkin Akan Muncul Semula Dalam Filem 'Fast & Furious 9'?

Denzel Washington Bakal Mainkan Watak Magneto Versi MCU

'Guardians of the Galaxy Vol 3' Ialah Filem Terakhir James Gunn Watak GOTG

Iko Uwais Bakal Sertai Filem Spin-off G.I Joe 'Snake Eye' Sebagai Hard Master

Sony Tawarkan Perjanjian 30% Bagi Disney Untuk Watak Spider-man dan Venom Dalam MCU

Syamsul Yusof Dedah Nasib Ustaz Adam Di Akhir Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]