Kenapa Kemunculan Black Order Dalam 'Infinity War' Begitu Singkat?


Avengers: Infinity War menampilkan persembahan yang bertenaga gabungan para Avengers bagi menentang Thanos. Thanos tidak bersendirian, bersamanya ialah Black Order yang mempunyai empat orang kesemuanya. Dalam satu temubual bersama pelajar Iowa City High School, satu sesi soal jawab mendedahkan tentang kenapa kemunculan Black Order begitu singkat.


I think people have been waiting 10 years to have the Marvel heroes together in a 2-and-a-half hour film,” answered Russo. So if I started to go into the history of them — that’s a whole other movie all together. I felt like they did their jobs in the film. And the audience got enough of them in the film — as much as they needed them in the film.
Limitasi masa untuk sebuah filem membataskan pengarah filem Infinity War, Russo Brothers untuk bercerita lebih banyak berkenaan Black Order yang mana mempunyai penceritaan asal usul yang lebih banyak di dalam komik.
As much as I like those characters, and as much as I like the comic books, I feel that if I started delving into their backstory it would become unwatchable. [There are] only so many characters you can keep in your head.
Apabila ditanya kenapa Black Order mudah sahaja ditumpaskan, pengarah Infinity War mendedahkan bahawa empat orang Black Order ini haruslah tidak menandingi kekuatan ayahanda mereka, Thanos. Disebabkan Thanos mahu dipaparkan sebagai antagonis terkuat, maka Black Order diberi ruang untuk mati dengan cara yang sudah dilakarkan.
Thanos is the true bad guy of the movie. You don’t want the sub-villains overshadowing the supervillain. And we want to save him for the final showdown between him and the heroes. They weren’t easy to dispatch all of them — it certainly took a few nasty fights.
Anak-anak Thanos, atau dikenali sebagai Black Oder hanya muncul kurang daripada 5 minit secara keseluruhannya. Namun, semestinya para penonton berpuas hati dengan gabungan superhero yang ada di dalam filem ini yang menarik untuk disaksikan! Infinity War kini di pawagam.

Catat Ulasan

0 Ulasan