Huraian Karakter Spin-off 'Fast & Furious' Dedahkan Watak Antagonis Baru


Filem terbaru dalam siri filem Fast & Furious yang akan menfokuskan tentang watak Hobbs dan Shaw  sudah ada pengarahnya. Kini maklumat tentang watak antagonis yang diperlukan untuk filem tersebut sudah didedahkan. Walaupun tidak ada pelakon yang diumumkan lagi, huraian karakter antagonis yang ada mungkin mampu membuatkan imaginasi korang berfikir siapakah yang sesuai.


The Hashtag Show memberikan huraian karakter ini seperti berikut: 
The studio is looking for an actor, 49-59, to fill the role of Null who is described as a “British villain” and “mysterious international terrorist who dresses in all black.”
The studio is looking for an actress, 28-39, in the mold of Kate Winslet to play Deckard’s sister, Hattie, who is “an MI-6 agent.”
The studio is on the search for a Polynesian actress, 70-75, to play Sofia Hobbs, described as the “matriarch” of the Hobbs family and five Polynesian men, all 30-50, to portray Hobbs’s brothers: Jonah, Cal, Tim, Matt and Alex.
Berdasarkan huraian tersebut, kita dapat tahu watak antagonis filem ini bernama Null yang disifatkan sebagai seorang British. Malah, Deckard juga akan ada seorang adik yang juga seorang MI-6. Malah, watak baru keluarga Hobbs seperti Sofia Hobbs, Jonah, Call Tim, Matt dan Alex juga sedang dalam pencarian.

Filem Hobbs & Shaw ini dikatakan akan bertemakan 'buddy cop'. Ada peluang juga untuk watak antagonis daripada filem sebelumnya untuk muncul dalam filem ini. Namun, semua itu masih belum disahkan. Korang rasa, siapakah yang sesuai untuk memegang watak di atas?

Catat Ulasan

0 Ulasan