Filem 'Veere Di Wedding' Diharamkan Tayangan Di Pakistan


Filem terbaru lakonan Kareena Kapoor dan Sonam Kapoor, Veere Di Wedding diharamkan tayangannya di Pakistan. Kisah berkisah tentang empat orang rakan baik diharamkan kerana ianya dipenuhi dengan dialog lucah dan juga babak yang kurang sopan. 


Pengerusi Central Board of Film Censors (CBFC), Danyal Gilani menyatakan kepada Times of India bahawa mereka bersepakat untuk tidak membenarkan filem tersebut ditayangkan kepada umum kerana ianya melanggar Censorship of Film Code 1980 yang diamalkan di negara tersebut.

Filem tersebut ditayangkan kepada panel penilai CBFC pada hari Selasa lalu dan diputuskan untuk tidak ditayangkan kepada umum selepas itu. Filem tersebut diterbitkan oleh Rhea Kapoor, Ekta Kappor dan Nikhil Dwivedi.

Veer Di Wedding menarik perhatian kerana ianya ialah filem pertama Kareena Kapoor selepas dia menjadi ibu. Malah, ianya juga ialah filem pertama Sonam Kapoor selepas aktres itu berkahwin. Filem ini juga dibintangi dua pelakon baru, Swara Bhasker dan Shikha Talsania. 


Catat Ulasan

0 Ulasan