Filem Tentang Tun Mahathir Tawan Bursa Saham British Dalam 'Dawn Raid' Bakal Ke Pawagam



Pada sekitar tahun 2016, Bront Palarae pernah bercadang untuk menerbitkan filem tentang bagaimana tiga orang tokoh negara iaitu Tun Mahathir, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dato Ismail Ali merampas Guthrie daripada British pada tanggal 7 September 1981 dalam masa kurang daripada 4 jam. Sejarah yang jarang diketahui umum ini adalah antara kejayaan Malaysia menumpaskan keegoan British yang pernah menjajah Malaysia.


Sepertimana yang kita ketahui, British mengamalkan dasar pecah dan perintah dalam pemerintahannya sebelum merdeka. Selepas merdeka, British masih lagi bergaul dengan Malaysia apabila pemimpin tertinggi Malaysia masih lagi mendapatkan bantuan British. Apabila era Tun Mahathir bermula, Tun Mahathir mula merasakan keperluan untuk menyerang British kerana beberapa isu termasuklah peningkatan kadar yuran pengajian di London untuk rakyat Malaysia ketika itu.


Berdasarkan laman rasmi filem yang diberi tajuk Dawn Raid: The Hand That Rattled the Queen, kemaskini tentang perkembangan filem ini kelihatan terhenti pada pertengahan Jun 2016. Dan sehingga kini, kisah yang memang menarik jika difilemkan ini nampaknya tidak dapat dikenalpasti statusnya. 

Filem ini membariskan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Sophea Jane, Iedil Putra dan ramai lagi!




Catat Ulasan

0 Ulasan