Filem Aksi 'The Expendables 4' Disahkan Akan Jalani Penggambaran


Pelakon Sylvester Stallone sebelum ini memberi hint tentang Expendables 4 dan kini ianya sudah disahkan. Ketika diterbitkan pada tahun 2010, filem aksi ini menampilkan gandingan mantap pelakon aksi era 80an yang sangat menarik dan cukup hebat! Kejayaan filem tersebut sekaligus menyebabkan Expendables 2 muncul dengan menampilkan Arnold Schwarzennegger.


Selepas itu, formula dalam The Expendable kelihatan mulai lesu semenjak filem ketiganya sehingga terpaksa membuat sebuah filem PG-13 daripada siri filem yang sebelum ini Rated-R. Walaupun pulangan filem ketiga nampak kurang berjaya, Stallone sudah lama memberikan hint tentang filem keempat siri ini.

Deadline mengesahkan bahawa The Expendables 4 akan menjalani penggambaran awal tahun 2019. Filem The Expendables 4 dan juga Rambo 5 akan mendapat hak edaran di China dalam perjanjian yang sama. Rambo 5 akan memulakan penggambaran September 2018 sebelum ditayangkan sekitar 2019. Buat mas ini, Stallone sibuk dengan Creed 2 yang mana menampilkan dirinya sebagai Rocky Balboa buat kali kelapan.

Kita masih tidak tahu tentang plot mahupun sinopsis filem The Expendables 4. Namun, sebelum ini, Arnold Schwarzennegger pernah menyatakan bahawa dia takkan kembali ke francais itu tanpa adanya Stallone. Sekarang, Stallone mengesahkan pengelibatannya dalam filem tersebut. Adakah Arnold Schwarzenegger akan kembali?

Catat Ulasan

0 Ulasan