Dave Bautista Akan Kembali Untuk Filem 'Avengers 4' Dan 'Guardians of the Galaxy Vol. 3'

Drax mungkin antara watak yang mana hilang selepas tragedi filem Avengers: Infinity War. Namun para peminat mungkin tidak perlu menunggu lama apabila watak Drax disahkan akan kembali lagi dalam filem Avengers 4 dan juga Guardians of the Galaxy Vol. 3.


Perkara ini disahkan apabila Bautista menjawab soalan dalam satu temubual bersama Collider. Namun begitu, bagaimana Drax akan kembali masih belum dapat dikenal pasti.
I got a lot of texts saying, 'I can't believe you're dead, your character is dead. They were really like heartbroken and I was like 'I'm gonna be in four. I'm gonna be in Guardians 3.' I don't know how they're bringing me back, yeah but somehow I'm going to make it because, as far as I know, I am going to be in Guardians 3, so I have to be back.
Dengan kerahsiaan filem Avengers 4 dan juga Infinity War, berkemungkinan apa yang dikatakan oleh Dave Bautista ialah suatu kejutan dan spoiler besar. Selepas menjadi antara watak yang agak menarik perhatian dalam filem Infinity War, sudah pasti para peminat mahu melihat watak tersebut lagi dalam filem Marvel Cinematic Universe.

Namun begitu, Dave Bautista tidak merasakan bahawa apa yang dia beritahu bukanlah spoiler yang besar pun kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana wataknya akan berkembang nanti.

That's the only reason I'm not so concerned about giving any spoilers or giving anything away that Marvel would be mad because I said before, before the film even came out, that I've already filmed three and four, so I hope they won't be p****d! And if they are, I'm gonna get an earful. I don't know how they're gonna put this all together. I don't know how its gonna pan out and how it's all going to turn out.
Sepertimana Infinity War, Avengers 4 juga mempunyai kerahsiaan plot yang agak ketat. Jadi, para pelakon sendiri tidak tahu bagaimana kisah watak mereka dan juga apa yang terjadi kepada mereka dalam filem berkenaan. 

Avengers 4 mungkin akan menjadi penutup kepada beberapa watak penting apabila ada beberapa pelakon akan menamatkan kontrak mereka bersama Marvel melalui filem ini. Apapun, siapa mati, siapa hidup, semuanya akan terjadab dalam Avengers 4 nanti.


Catat Ulasan

0 Ulasan