'Captain Marvel' Akan Terokai Asal Usul Agent Coulson Dalam S.H.I.E.L.D



Clark gredd menyatakan bahawa kepada Entertainment Weekly bahawa Captain Marvel akan meneroka kisah awal Agent Coulson dalam S.H.I.E.L.D. Filem berkenaan akan berlatarkan 90an dan peminat akan berkesempatan meneroka kisah Agent Coulson dengan lebih dalam.


Captain Marvel diarahkan oleh Anna Boden dan Ryan Fleck dan bakal menampilkan Brie Larson sebagi Carol Danvers ataupun lebih dikenali sebagai Captain Marvel. Antara watak lain yang bakal muncul dalam filem itu ialah Nick Fury (Samuel L. Jackson), Agent Coulson (Gregg), Korath the Pursuer (Djimon Hounsou), dan Ronan the Accuser (Lee Pace).
He’s a lot younger. It’s the earliest we will have seen him, so when he says, ‘Mr. Stark, this isn’t my first rodeo’ in Iron Man, this is maybe the rodeo he’s talking about.
Nampaknya, watak Coulson dalam Captain Marvel akan mempunyai kepentingan yang lebih semenjak muncul dalam filem Iron Man. Kisah Captain Marvel akan berlaku 20 tahun sebelum kejadian filem Iron Man dan semestinya Coulson akan dipaparkan dengan wajah yang lebih muda.



Catat Ulasan

0 Ulasan