Bukan Hugo Weaving Yang Kembali Membuat Kemunculan Mengejut Dalam 'Infinity War'


Filem Infinity War membuat kejutan yang tidakd dijangka apabila menampilkan babak yang mengaitkan filem ini dengan filem Captain America: The First Avenger. Babak tersebut ialah babak kemunculan Red Skull di planet Vormir. Penonton tidak pernah menyangka tentang adegan dan kemunculan watak ini sehinggalah mereka menonton Infinity War.


Namun, ramai yang tidak tahu bahawa bukan Hugo Weaving yang kembali memainkan wataknya sebagai Red Skull. Pelakon itu sudah mendedahkan bahawa dia tidak akan kembali ke dalam filem Marvel selepas filem Captain America: The First Avenger.

Jadi, siapakah yang menggantikan Hugo Weaving sebagai Red Skull?

Pelakon tersebut ialah Ross Marquand yang popular dengan siri TV Walking Dead. Tiada siapa pernah tahu hal ini kerana rahsia ketat yang disimpan sehinggalah filem ini ditayangkan. Dalam satu temubual bersama Entertainment Weekly, dia mendedahkan hal ini.
No. I didn’t tell anybody. These NDAs on these things are no joke. I literally did not tell anybody until it was out. I told my friend who I brought to the premiere because she had to know how I got tickets, and I said, “I can’t tell you who I’m playing, but I can tell you I am a part of this. But you can’t tell anyone.” It was just a few days before the premiere, and I said, “Would you like to come?” She said, “Of course,” and I said “But you cannot tell anybody I am a part of this. I haven’t even told my parents. I’ve told no one.
Kenapa Hugo Weaving tidak mahu memainkan peranan sebagai Red Skull adalah tidak diketahui. Namun, dengan teknologi motion capture, watak Red Skull boleh dihidupkan kembali walaupun dengan menggunakan pelakon yang berbeza. 

Ross Marquand mendedahkan bahawa penggambaran untuk wataknya hanya memerlukan satu hari sahaja.

Catat Ulasan

0 Ulasan