Bobby Deol Sanggup Lakon Adegan Tanpa Baju Untuk Sertai 'Race 3'


Race 3 mungkin akan memberikan aura baru kepada filem Race yang sebelum ini box-office suatu ketika dulu. Filem yang pada asalnya diarahkan oleh Abbas-Mustan dan dilakonkan oleh Saif Ali Khan sebagai teraju utama kini mengubah halanya apabila Salman Khan mengambil alih untuk menerbitkan sekuel ketiga.


Gandingan baru dan lama dalam Race 3 bakal memberikan sesuatu pengalaman baru. Apatah lagi, pelakon Bobby Deol yang tidak pernah kelihatan dalam filem-filem besar kini membuat comeback dalam filem ini.

Dalam satu temubual bersama Mid-Day, Bobby Deol mendedahkan bagaimana dia boleh terlibat dengan filem tersebut. Dia diarahkan untuk menyertai satu ujibakat dan Salman Khan hanya memintanya untuk melakonkan adegan tanpa mengenakan baju. Dan Bobby Deol dengan mudahnya menjawab dia sanggup melakukannya.

Bobby Deol juga menceritakan bagaimana gementar dirinya untuk bertemu Salman Khan untuk perbincangan tentang filem tersebut.
The next day, he invited me over for lunch. I was incredibly nervous. In fact, before I sat down to have the meal with Salman, I excused myself to go to the washroom and I was so nervous that I couldn't even find the tap.
Selepas menandatangani perjanjian, Bobby Deol mula melatih badannya untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai dengan peranannya di bawah jurulatih Rakesh Udiyar, Prashant Sawant dan Salman Khan sendiri. Salman Khan juga menggalakkan dirinya untuk fokus kepada kesihatan fizikalnya

Bobby Deol memegang watak antagonis dalam filem Race 3. Dia diperkenalkan sebagai antara watak utama dalam filem tersebut oleh Salman Khan dalam rangka promosinya. Pelakon tersebut juga menyatakan bahawa Salman Khan memanggilnya untuk menyertai Race tepat pada masanya.
Salman called me at a time when I was focussing on my career again. I am hungry for more work and hopefully, things will turn around.
Race 3 diharap dapat mengembalikan aura Bobby Deol yang sudah lama tenggelam.  

Catat Ulasan

0 Ulasan