Berapa Ramai Tak Sedar Cameo Stan Lee Dalam 'Deadpool 2'?


Dengan terbitnya sebuah lagi filem Marvel, Deadpool 2, maka semestinya apa yang dinanti ialah kemunculan Stan Lee. Ramai yang beranggapan filem Deadpool 2 tidak menampilkan cameo Stan Lee. Tapi betulkah?


Untuk filem Deadpool 2, Stan Lee tidak membuat kemunculan seperti filem-filem biasa Marvel. Kemunculan Stan Lee lebih kepada gaya cameonya dalam siri tv ataupun di siri Netflix yang mana lebih menunjukka dirinya di foto, poster ataupun grafiti. Dalam filem ini, wajah Stan Lee boleh dilihat ketika Domino mendarat selepas watak-watak X-Force lain mendarat dengan ngerinya.

Ramai yang akan terlepas babak ini. Tapi, kalau menonton kali kedua, pastikan get ready ya! Boleh dikatakan bahawa kemunculan Stan Lee kali ini lebih kepada easter egg dan bukannya cameo sebenar. Tetapi, ianya tetap dikira sebagai cameo kerana ini bukan kali pertama Stan Lee membuat kemunculan sebegini. 

Dalam satu temubual bersama The Hollywood Reporter, Paul Wernick dan Rhett Reese, penulis lakonlayar filem Deadpool menjawab persoalan ini. Terdapat beberapa gambar Stan Lee muncul di X-Mansion yang boleh dikira sebagai cameo. Malah, mereka juga menjawab bahawa Stan Lee sudah melakukan cameo untuk Deadpool dalam teaser filem tersebut sebelum ini.

I think there's a painting of Stan in the [X-]Mansion, is there not Rhett.  I don't know if you can make it out ... He had just had cameo'd for [us] in the short that we did where Deadpool is in a telephone booth … So Stan did cameo for us in that, I’m not sure why it didn't work out this time. But we did try to at least make a nod to him. I know his face is in there somewhere.
Namun, timbul persoalan kenapa Stan Lee tidak boleh munculkan dirinya dalam filem Deadpool 2 seperti yang dia buat dalam filem pertama Deadpool? Menurut Screenrant, Stan Lee bukanlah seorang yang gemar naik kapal terbang ke sana ke mari. Hal ini menyebabkan proses penggambaran cameonya menjadi sedikit sukar.

Lagipun, sememangnya agak sukar untuk Stan Lee menjalani penggambaran cameo dalam kesemua filem Marvel dengan jadual yang agak padat. Kemunculannya walaupun tak sampai beberapa saat mungkin mengambil masa seharian untuk penggambaran. Oleh itu, Marvel Studios kini sudah mula merakam cameonya secara pukal.

Sebagi contoh, ketika Stan Lee menjalani penggambaran cameo untuk Black Panther dan Infinity War, dia juga menjalani penggambaran cameo untuk Ant-man & the Wasp dan Avengers 4 dan Captain Marvel. Hal ini sekaligus mengurangkan perjalanan pergi balik Stan Lee menggunakan kapal terbang.

Mungkin satu hari nanti, Stan Lee hanya akan membuat cameonya melalui gambar, poster dan dialog sahaja. 

Catat Ulasan

0 Ulasan