Bagaimana Menentukan Filem Tersebut 'Character Driven' Atau 'Plot Driven'? Kami Ajarkan!

Mungkin korang tak pernah kisah pun sesebuah filem tu 'character driven' atau 'plot driven'. Asalkan sesebuah filem itu best dan sedap dilayan, maka tercapailah sesebuah objektif korang menonton filem berkenaan. Namun, sekali sekala, kalau tahu beberapa istilah pasal filem ni sebenarnya boleh buatkan korang jadi genius dalam berbincang pasal filem tau!


Baiklah, hari ini kitorang nak ceritakan pasal dua jenis plot/naratif filem. Seperti mana yang kita tahu, plot/naratif ini ialah merujuk kepada bagaimana sesebuah kisah yang diceritakan dalam sesebuah filem. Naratif filem boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu 'character driven' dan 'plot driven'. Kami akan definisikan dengan mudah. Lepas ni, korang bolehlah teka sesebuah filem itu naratifnya bagaimana. 

1. Character Driven

Plot/naratif filem yang berada dalam kategori ini selalunya akan mengutamakan motivasi watak utama untuk menggerakkan filem. Dalam filem dengan plot sebegini, watak utama akan menjadi pembuat keputusan kepada setiap tingkah lakunya di dalam sesebuah filem. Apa yang mahu disampaikan oleh filem jenis ini ialah falsafah di dalam diri watak dan bukannya plot yang diutamakan.

Sebagai contoh, filem Oldboy (2013) boleh dikategorikan sebagai character driven apabila kita melihat watak utama filem tersebut, Joe Doucett cuba untuk mencari permasalahan dalam dirinya. Di sepanjang filem, Joe Doucett ialah fokus utama dan bukannya situasi yang berlaku di sekitarnya.

Filem-filem bergenre biografi dan berdasarkan kisah benar selalunya menggunakan format plot ini. Antara filem biografi dan kisah benar (kisah benar tak semestinya character driven) yang jelas menggunakan plot sebegini ialah Schindler's List! Senang cakap, kalau filem tu banyak fokus pada watak utamanya pergi ke sana ke mari, maka tu plot style 'character driven' lah tu.

2. Plot Driven 

Plot Driven pula ialah kategori naratif/plot yang mana watak-watak di dalam sesebuah filem itu dipaksa untuk menghadapi masalah yang muncul dalam kisahnya. Sebagai contoh, filem Jigsaw (2017) boleh disifatkan sebagai plot driven kerana watak-wataknya tidak sepenting plotnya. Penonton sebenarnya mahu ditunjukkan dengan sebab plot filem tersebut berlaku dan bukannya fokus pada karakter.

Plot Driven plot secara peribadinya lebih menarik kerana situasi yang pelbagai boleh dicipta untuk mencipta suasana tegang. Manakala karakter pula hanya perlu memberi reaksi kepada situasi dan masalah yang ditimbulkan. Contohnya, Titanic, Ghost Ship, House on Haunted Hill dan banyak lagi. Kebanyakan filem dengan 'plot driven' akan mempunyai lebih ramai karakter dan setiap watak akan diutamakan. 

Nak faham plot/naratif jenis ni ialah mudah. Kalau sesebuah filem tu memaparkan pasal sesuatu watak yang terperangkap dalam situasi yang tidak dijangka, maka itu plot drivenlah. Sebab karakter itu akan dipaksa untuk menghadapi situasi itu sehinggalah filem selesai.


Sekarang, cuba korang teka filem-filem yang korang tonton itu 'character driven' atau 'plot driven. Lihat pada keutamaan filem tersebut. Adakah filem itu mementingkan wataknya lebih daripada situasi? Atau situasi dalam filem itu lebih penting daripada karakter filem tersebut? 

Catat Ulasan

0 Ulasan