Adakah Tiada Lagi 'Deadpool 3' Selepas Ini?



Pada sekitar tahun 2016, 20th Century Fox sedah merancang Deadpool 3 walaupun Deadpool 2 masih lagi dalam perancangan. Perancangannya ialah untuk memberikan filem khas kepada watak Deadpool dan pada masa yang sama melancarkan filem berkaitan X-Force yang mana akan melibatkan Deadpool dalam pasukan.



Sekarang, apabila Deadpool 2 bakal menjengah pawagam, berkemungkinan Deadpool 3 bakal menghampiri. Namun, ketika bercakap kepada Starnews Korea, Reynolds mendedahkan bahawa Deadpool 3 berkemungkinan tidak akan diterbitkan. Sebaliknya, filem seterusnya ialah berkaitan dengan X-Force.

Reynolds berkata bahawa X-Force mempunyai dinamik tersendiri seperti Avengers dan sanggup melakukan misi yang ramai tidak mahu buat. Perubahan ini mungkin akan memberikan hala tuju baru terhadap watak Deadpool di masa hadapan. Namun, apapun, kita nantikan sahaja sama ada Deadpool dan X-Force bakal bergandingan lagi dalam filem seterusnya.



Catat Ulasan

0 Ulasan