TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Vin Diesel Beli Hakcipta Filem xXx, Bakal Bikin Filem xXx 4 Bersama D.J Caruso

Vin Diesel kini bakal menerbitkan filem xXx 4 dengan pengarah filem D.J Caruso selepas selesai membeli hakcipta francais itu daripada Revolution Studios. Vin Diesel memainkan peranan sebagai seorang ahli sukan lasak yang menjadi ejen rahsia bernama Xander Cage pada tahun 2002. Filem pertama xXx diarahkan oleh Rob Rohen.


Apabila Vin Diesel sibuk dengan francais Fast & Furious, watak Xander Cage direhatkan beberapa lama. Namun, para penonton kelihatan terkejut apabila pada tahun 2017, xXx: The Return of Xander Cage kembali muncul menjadi filem ketiga xXx. Filem tersebut berjaya menarik perhatian penonton. Malangnya, Paramount Pictures tidak lagi berminat untuk membikin filem keempat.

Dengan keputusan Paramount itu, Diesel dilaporkan cuba untuk membeli hak cipta francais tersebut. The Hollywood Reporter melaporkan bahawa Vin Diesel cuba untuk membeli hak cipta denganbantuan sebuah syarikat The H Collective. Antara sebab syarikat itu mahu membeli hak cipta filem itu ialah kerana melihat peluang untuk pasaran China yang agak luas.
During my time at Paramount I was lucky to be involved in the development and distribution of xXx: Return of Xander Cage. The response from the Chinese box office was unprecedented. Bringing the next installment of the xXx franchise to The H Collective complements our diversified slate and mission to produce content for a global audience.
Filem The Return of Xander Cage berjaya mendapat kutipan USD44 juta di Amerika Syarikat. Walaupun gagal box-office di negara sendiri, filem ini berjaya menarik minat jutaan penonton dunia sekaligus berjaya mengutip USD301 juta seluruh dunia. USD164 juta daripada kutipan datangnya daripada negara China.


Comments

Menarik!

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

M. Night Syamalan Dalam Perbincangan Untuk Arahkan Filem MCU

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'