Syamsul Yusof Pertahan Pemilihan Adiputra Sebagai Mat Kilau


Syamsul Yusof, pengarah filem Mat Kilau mempunyai sebab kenapa Datuk Adi Putra dipilih sebagai teraju utama filem Mat Kilau. Menurutnya, beberapa kriteria telah diambil kira seperti pengalamannya yang luas dan mempunyai keyakinan dia mampu untuk menjiwai watak pejuang tanah air itu.


Saya faham mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kami pilih Adi dan bukan pelakon asal negeri tersebut untuk bawa watak Mat Kilau? Pemilihannya adalah kerana dia mampu menjiwai watak tersebut dan saya yakin dia sebagai pelakon berpengalaman akan membawakan watak ini dengan baik.
Filem Mat Kilau yang sudah memulakan penggambaran hari ini turut dibintangi oleh Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, A.Galak, Yayan Ruhiyan dan Nadiya Nisaa.
Saya sebagai pengarah akan melihat kepada karya terlebih dahulu sebelum memilih pelakon dan saya tahu kelebihan serta kekurangan setiap mereka. Naluri saya mengatakan pilihan ini tepat dan saya percaya watak Mat Kilau ini akan diterjemahkan dengan baik oleh Adi
FIlem Mat Kilau menelan belanja sebanyak RM5 juta di sekitar Perak, Pahang dan Kuala Lumpur. Filem ini diterbitkan oleh Studio Kembara dengan kerjasama Skop Production Sdn. Bhd. Finas juga terlibat dengan menawarkan geran bantuan RM1.5 juta. Penggambaran selama dua bulan melibatkan hampir 500 otang pelakon tambahan.

Catat Ulasan

0 Ulasan