Pengarah Jawab Tindakan Kontroversi Doctor Strange Dalam 'Infinity War'



Filem Avengers: Infinity War meninggalkan pelbagai persoalan yang bakal dijawab dalam filem seterusnya. Dalam babak akhir filem ini, penonton disajikan dengan pelbagai emosi yang mana membawa kepada kesudahan yang agak mengejutkan. Para penonton pasti terkejut apabila Doctor Strange memilih untuk menyerahkan Time Stone kepada Thanos tanpa sebarang paksaan.


Tapi, jangan risau, pengarah filem ini, Joe Russo, ketika hadir di sebuah forum di University of Iowa mendedahkan perancangan Doctor Strange yang mana mungkin memberikan sedikit kelegaan kepada peminat filem Marvel. 

Jika korang sudah menonton filem Avengers: Infinity War, Doctor Strange memilih untuk menyerahkan Eye of Agamoto/ Time Stone tanpa banyak tanya demi untuk menyelamatkan Tony Stark. Yang menjadi persoalannya, Doctor Strange pernah berkata bahawa dia sanggup menggadaikan nyawa Tony Stark hanya untuk menyelamatkan Time Stone berkenaan.

Perlakuan Doctor Strange ini menimbulkan persoalan dan juga kekeliruan. Namun, Joe Russo, seperti yang dinyatakan di Comicbook.com mendedahkan bahawa Doctor Strange hanya meihat sebagai itu sahaja cara untuk menyelamatkan dunia. Jika Tony Stark terkorban, itu bukan caranya untuk menumpaskan Thanos. Ianya ialah satu cara untuk gagal!

Jika anda masih ingat dimana Doctor Strange melihat pelbagai kemungkinan kemenangan melawan Thanos dan hanya ada satu cara, sebenarnya, Doctor Strange sedang melaksanakan satu kemungkinan yang dia lihat itu. Sekarang ini, para penonton hanya perlu menunggu sama ada perancangan Doctor Strange menjadi atau tidak. 

Jika pengorbanan Doctor Strange berjaya membawa kepada kematian Thanos, maka ianya semestinya akan menjadi berita yang menggembirakan. Para penonton buat masa ini hanya mampu berteka teki selagi Avengers 4 masih belum ada ditayangkan di pawagam. Mungkin Avengers 4 akan mengembalikan Time Stone kepada Doctor Strange? 

Catat Ulasan

0 Ulasan