Pengarah 'Deadpool 2' Bakal Arahkan Filem Spin-off 'Fast & Furious'

David Leitch, pengarah filem Deadpool 2 kini secara rasminya sudah menjadi pengarah kepada spin-off Fast & Furious yang bakal dibintangi oleh Dwayne Johnson dan juga Jason Statham. Filem ini bakal menyaksikan arah baru filem Fast & Furious yang lari daripada watak asal lakonan Vin Diesel. Filem ini pernah mencetuskan pelbagai kontroversi sebelum ini.


Walaupun watak Dwayne Johnson sebenarnya bermula dengan filem kelima filem Fast & Furious, wataknya menjadi semakin penting dan menarik apatah lagi apabila Jason Statham juga membuat kemunculan dalam filem tersebut. Filem ini juga mencetuskan perbalahan antara Dwayne Johnson dan Vin Diesel, namun ianya berjaya diselesaikan.

Sebelum bergelar pengarah, David Leitch ialah seorang pelakon aksi ngeri. Dia pernah terlibat dalam filem Captain America: Civil War dan juga Teenage Mutant Ninja Turtles. Pada 2014, dia mengarahkan filem John Wick sebelum mengarahkan Atomic Blonde dan seterusnya Deadpool 2. 

Dilaporkan bahawa penggambaran filem spin-off ini akan bermula pada September tahun ini untuk memberi peluang kepada Dwayne Johnson mempromosikan filem Jungle Cruise lakonannya terlebih dahulu. Filem ini akan menjalani penggambaran di Hawaii dan UK.

Catat Ulasan

0 Ulasan