Marvel Kini Sudah Merancang Filem MCU Sehingga Tahun 2025


Marvel Studio dikhabarkan baru sahaja mengadakan mesyuarat untuk perancangan filem Phase 4 yang bakal diterbitkan sekitar 2024-2025. Hal itu disahkan apabila Kevin Feige ditemubual oleh Associated Press. Avengers 4 mungkin dipromosikan sebagai penamat kepada filem MCU tetapi nampaknya ini tidak bermakna filem Marvel Cinematic Universe akan terhenti setakat itu.


Walaupun para peminat filem Marvel kini sedang rancak berbual tentang Infinity War yang sedang ditayangkan, presiden Marvel, Kevin Feige sentiasa berfikiran ke hadapan dan meneruskan perancangan untuk kelansungan filem-filem Marvel di masa hadapan. 
We’re always thinking ahead. Just when people think they can pin us down, we go somewhere else and that’s going to happen again after ‘Infinity War’ in the build-up to the next Avengers film. And we had meetings earlier today about 2024 and 2025.
Tahun lepas, Feige mendedahkan bahawa mereka sudah ada lebih kurang 20 filem dalam proses perancangan selepas Avengers 4. Dengan jadual 3 filem setahun, berkemungkinan sebelum 2025, akan ada 16 filem yang bakal diterbitkan. Dengan kembalinya X-Men dan Fantastic Four kepada Marvel, maka pastinya ada banyak lagi kisah yang bakal diceritakan.

Untuk tahun ini, Marvel ada satu lagi filem yang bakal menemui peminat iaitu Ant-man and the Wasp. Tahun 2019 pula, Captain Marvel akan muncul sebelum Avengers 4 muncul menamatkan kisah Thanos. 

Catat Ulasan

0 Ulasan