LPF Nafi Haramkan Tayangan 'Dukun' Semenjak Tahun 2006


Dukun sebenarnya tidak pernah diharamkan tayangannya semenjak tahun 2006 oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Kisah seram yang diadaptasi daripada satu kejadian pembunuhan berprofil tinggi itu kini sudah lulus semenjak 8 Mac 2018 lalu sekaligus menamatkan zaman kontroversi tentang pengharaman filem ini daripada ditayangkan. 


Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) memberikan klasifikasi tayangan P13. Filem yang membariskan pelakon hebat seperti Umie Aida yang membawa watak Diana Dahlan itu seringkali dispekulasikan sebagai tidak diluluskan tayangannya daripada LPF.

Bercakap kepada Malaysiakini, Pengerusi LPF, Mohd Zamberi Abdul Aziz menolak dakwaan itu sama sekali.
Lembaga Penapis Filem selama ini memang tidak pernah mengharamkan Dukun dari ditayangkan di mana-mana pawagam
Dalam hal filem Dukun, filem yang berusia 10 tahun lebih selalunya akan memerlukan permohonan semula untuk tapisan mengikut garis panduan baru yang diwujudkan pada tahun 2010. Menurut Malaysiakini lagi, Dukun pernah diluluskan tayangan pada tahun 2006 dengan klasifikasi U kerana pada masa itu P13 belum diperkenalkan sehingga tahun 2010.

Filem ini mempunyai unsur seram, menakutkan serta mempunyai adegan negatif yang tidak berlebihan beserta dengan jalan cerita yang sukar difahami dan juga unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak. Berikutan dengan klasifikasi yang diberi, Dain Said, pengarah filem dan juga Najwa Abu Bakar, ketua Astro Shaw enggan mengulas lanjut. 

Filem ini pernah bocor di internet pada Januari lalu dan mengembalikan sensasi filem ini yang terpendam sekian lama. Kini, setelah dua belas tahun diperam, Dukun akan menjelmakan diri ke layar besar.

Catat Ulasan

0 Ulasan