James McAvoy & Bill Hader Bakal Bintangi 'It: Chapter 2'

Pelakon yang pernah memegang watak Prof Xavier dalam filem X-Men, James McAvoy dilaporkan bakal menyertai barisan pelakon filem It: Chapter 2. Sebalin James McAvoy, pelakon Bill Harder juga akan turut serta dalam barisan pelakon filem ini. Variety melaporkan bahawa kedua-dua pelakon ini akan memegang watak Bill Denbrough dan Richie Tozier.


It: Chapter 2 bakal meneruskan kesinambungan filem pertama dimana kanak-kanak The Losers' Club kini sudah dewasa selepas 27 tahun kejadian dalam filem pertama berlaku.  Walaupun filem kedua ini berkisar tentang watak yang sudah dewasa, pengarah filem ini mengesahkan bahawa watak kanak-kanak mereka akan kembali melalui imbas semula.

Filem kedua ini akan berlatar belakangkan tahun 2016 dimana mangsa-mangsa Pennywise ini menyedari yang makhluk ini muncul kembali. Mereka terpaksa kembali ke Derry, Maine untuk menumpaskan Pennywise buat kali terakhir. Dalam versi novel asal, Bill membesar menjadi novelis dan masih lagi truma dengan kejadian silam. Richie pula bekerja sebagai DJ di Los Angeles.

Semestinya, kehadiran James McAvoy akan memberikan lakonan yang hebat dalam filem ini. Penerbit filem It, Roy Lee mengesahkan bahawa filem kedua ini bakal menjalani penggambaran dalam bulan Julai 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan