TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Rampage' [SPOILER ALERT]



Rampage ialah buah tangan terbaru daripada Dwayne Johnson. Diarahkan oleh Brad Peyton yang sebelum ini mengarahkan filem San Andreas, yang juga dibintangi pelakon sama, Rampage berkisar tentang tiga haiwan yang mengganas kerana perubahan genetik. Kita akan melihat bagaimana babak kemuncak filem ini dan beberapa persoalan yang timbul dan kesannya terhadap filem ini di masa depan. 


Sila ambil maklum bahawa TULISAN SELEPAS PERENGGAN INI MEMPUNYAI MAJOR SPOILER. Anda diingatkan untuk MEMBACA ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. Namun, adalah dinasihatkan supaya anda menonton filem ini terlebih dahulu sebelum membaca. Get Ready! 












HURAIAN BABAK KEMUNCAK’RAMPAGE’ 

Dalam kekalutan di Chicago, Davis Okoye berjaya akhirnya memulihkan gorilla albino kesayangannya, George. Namun, kesannya, George kekal besar dan tidak dapat dipulihkan kepada sifat asal. George yang kini sudah waras akhirnya menjadi wira menyelamat dunia dan membantu Davis dan Kate. Ketika Davis dan Dr. Kate Caldwell cuba untuk menumpaskan Ralph (seekor serigala) dan Lizzie (buaya), pertempuran dengan cara mereka, George juga menggunakan kuasanya yang ada. 


Davis berjaya mengumpan Ralph masuk ke dalam mulut Lizzie, sekaligus menamatkan riwayat Ralph. Dan pertempuran sengit berlaku antara Lizzie dan George. Lizzie ialah buaya mutasi yang paling liat untuk dikalahkan. George tercedera, dan di akhirnya, Lizzie pun tumpas. Di akhir filem, George akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Namun, akhirnya kita sedar bahawa George sebenarnya tidak mati dan sedang bermain dengan Davis. 

CRISPR IALAH BENDA NYATA 

Sebelum kita melihat lebih jauh kepada babak penamat Rampage dan kesan-kesannya kepada filem seterusnya, jika ada, adalah lebih baik kami ceritakan tentang CRISPR. Dalam filem Rampage, CRISPR ialah elemen penting yang menjadikan George, Lizzie dan Ralph raksasa. Walaupun di dalam file mini, CRISPR diolah sebagai sebuah eksperimen perubahan genetik yang berbahaya sehingga perlu mengujinya di angkasa, CRISPR sebenarnya wujud dalam dunia nyata. 

CRISPR ialah singkatan kepada Clustered Regularly Interspaced Short Palindromic Repeats. Ianya ialah satu kejayaan penemuan tentang bagaimana sistem DNA mempertahankan diri daripada ancaman bakteria. Menariknya, penemuan ini terhasil daripada pengubahan genetik yang dilakukan terhadap DNA. Melalui CRISPR, proses pembiakan haiwan akan menjadi lebih pantas. Selain itu, ianya juga mampu untuk menjadikan haiwan dan tumbuhan lebih hebat di masa hadapan. 

Kesan positif CRISPR pada tumbuhan semestinya pada sifatnya yang boleh tahan lebih lama dan membantu untuk membekalkan makanan kepada manusia. Untuk maklumat lanjut berkenaan CRISPR, korang boleh sahaja google hal ini di internet. 



SERIGALA TERBANG, BUAYA BERINSANG 

Mungkin ramai yang terfikir kenapa seekor serigala boleh terbang dan buaya pula sebenarnya mempunyai insang. Malah, serigala dan buaya ini juga mempunyai duri di badan mereka sekaligus menguatkan sifat haiwan mereka. Jawapannya mudah. CRISPR menyebabkan perubahan genetik mereka berubah. Sebab itulah ujian ini terlalu bahaya untuk dijalankan di bumi sehingga terpaksa dilakukan di angkasa.


Di dalam filem ini, CRISPR ialah sebuah ujikaji yang dijalankan dengan menggabungkan pelbagai sifat haiwan yang ada di seluruh dunia. Setiap kekuatan mereka diambil lalu digabungkan. Gabungan ini sekaligus menyebabkan sifat haiwan ini berubah dan mempunyai kehebatan tambahan yang diperoleh daripada haiwan lain yang digabungkan. 

Disebabkan itulah serigala itu boleh terbang dan buaya pula mempunyai duri yang mana mirip rupa dinosaur. George pula tidak berubah sifat asalnya dan memiliki kekuatan luar biasa sahaja. Mungkin juga boleh dijelaskan di sini bahawa George mungkin mendapat CRISPR yang paling rendah kuasanya. Namun, walaupun tidak berubah secara fizikal, George mempunyai daya pemulihan luka yang cepat dan kekuatan fizikal yang hebat! 

GEORGE SEPATUTNYA MATI 

Di dalam filem Rampage, jika nak diikutkan, kematian George adalah lebih baik daripada ending dimana George hidup. Namun, kenapa George tak mati sebenarnya sudah dijawab oleh pelbagai artikel di internet. Sebenarnya, ending filem ini ialah gabungan permintaan Dwayne Johnson sendiri dan juga skrip asal. 


Dwayne Johnson pernah menyatakan bahawa dia meminta untuk George tidak dimatikan kerana dia tahu apa yang peminat nak. Dia tidak mahu melakonkan filem yang mempunyai penamat yang sedih. Justeru, babak dalam skrip asal ditambah sekaligus ‘menghidupkan’ kembali George daripada kematian palsunya. 

Namun, apabila George hidup, sebenarnya ianya menimbulkan pelbagai persoalan baru yang sepatutnya dijawab melalui post-credit atau filem sekuel. Dengan saiz George sebesar itu, akan timbul pelbagai persoalan tentang bagaimana George akan hidup dan bagaimana pengurusan George oleh Davis. Harap lepas ini ada sekuel untuk menjelaskan logika George dibangkitkan semula pada akhir filem. 



TINDAKAN GEORGE MAKAN CLAIRE IALAH TIDAK MASUK AKAL 

Apabila kita memikirkan Rampage, sebenarnya terlalu banyak plothole yang tidak masuk akal. Malah, beberapa setup filem yang dibina untuk membentuk cerita boleh dipersoal. Namun, fiksyen ialah fiksyen. Bukan mudah untuk mencipta sebuah plot daripada sebuah permainan klasik yang mana tidak ada plot pada asalnya. 


Di dalam Rampage, Brad Peyton mengekalkan beberapa elemen permainan asal seperti sifat haiwan yang memusnahkan bangunan dan sentiasa melontar benda di hadapan mereka. Perkara ini boleh dikira logik dan masuk akal kerana sudah dijelaskan bahawa haiwan-haiwan ini bergerak secara lurus untuk menuju ke arah isyarat. Cuma, apabila sampai kepada babak dimana Davis cuba untuk memasukkan antidote kepada George, ada sedikit persoalan yang muncul. 

Kate menolak Claire lalu memasukkan antidote ke dalam poketnya. Lalu, Davis memanggil George dan dengan dalam keadaan amuk, George menyambar Claire, lalu memasukkannya ke dalam mulut sekaligus menyebabkan antidote tersebut masuk ke dalam tubuh George ketika Claire dimakan oleh George. 

Persoalannya, kenapa George tidak mencampakkan Claire seperti biasa yang dilakukan. Kenapa dia memilih untuk makan sedangkan sifat George sebenarnya ialah membaling semua benda di hadapannya. Disebabkan ini ialah adaptasi permainan, maka adegan ini nampak agak longgar untuk diperjelaskan dengan lebih dalam. 

Kita mungkin boleh menganggap bahawa pada masa itu, rasa lapar George kembali dan ianya menyebabkan Claire dimakan oleh George. Namun, adegan ini ialah satu perkara yang tidak masuk akal untuk difikirkan. Untuk popcorn, mungkin kita bolehlah enjoy. Tak payah fikir panjang. 

ADAKAH AKAN WUJUD GEORGE VS KONG? 

Apabila kita sedar bahawa George akhirnya selamat dan menjadi hero, timbul persoalan menarik yang mungkin wajar difikirkan oleh Warner Bros. Adakah George boleh memasuki universe Kong yang mana berada di dalam studio penerbitan yang sama? 

George ialah satu lagi makhluk besar gedabak yang menjadi milik Warner Bros selepas Godzilla dan juga Kong. Gabungkan George bersama Kong mungkin antara perkara menarik untuk disaksikan. Namun, buat masa ini, ianya hanyalah sebuah khayalan dari peminat filem sahaja. Apapun, amat menarik untuk melihat George meneruskan kehidupannya dalam saiznya yang besar itu dalam Rampage 2 jika ada di masa hadapan. 

KESIMPULAN 

Rampage ialah sebuah filem popcorn yang sedikit dumb pada plotnya. Mungkin ianya berlaku kerana mengadaptasi sebuah permainan dengan plot asal yang agak sedikit memerlukan pengembangan untuk sebuah filem. Beberapa adegan nampak sedikit longgar mungkin kerana garapan skrip yang agak kurang berjaya. 

Namun, ianya sebuah filem aksi kaiju yang memang ohsem dalam persembahannya. Sebuah filem boleh layan. Pejam mata sahaja pada ketidaklogikannya. Rampage di pawagam 12 April 2018.

Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Disney Dilaporkan Minta Sony Kongsi 25% Keuntungan 'Spiderman', Bukan 50%

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

George Lucas Dedah Makna Nama Robot R2D2 Dan C-3PO Dari Filem 'Star Wars'

Ulasan Filem: Krasue Inhuman Kiss (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Paskal' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Seven (2019)