Huraian Babak Kemuncak 'Avengers: Infinity War' [SPOILER ALERT]

Avengers: Infinity War mempunyai antara babak pengakiran yang mengejutkan bagi filem-filem MCU. Filem yang kini mengakhiri penantian penonton selama 10 tahun ini sudah menjengah. Seperti biasa, kami akan cuba huraikan babak pengakhiran filem ini dan apa kesannya kepada filem-filem Marvel Cinematic Universe yang akan datang.


Sila ambil maklum bahawa artikel ini mengandungi MAJOR SPOILER yang mana boleh mengganggu penontonan korang jika masih belum menontonnya. Bagi yang hendak membaca, dipersilakan.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

PRINSIP THANOS SEPANJANG PERJALANANNYA

Impian Thanos ialah mahu mendapatkan kesemua Infinity Stones atas satu sebab yakni mahu melenyapkan separuh daripada kehidupan di alam semesta. Hal ini kerana Thanos percaya bahawa dunia sebenarnya sedang semakin padat. Jumlah makanan dan juga ruang untuk hidup sebenarnya sudah semakin padat sehingga berlakunya populasi yang berlebihan.

Sebab itulah Thanos berkata separuh daripada populasi akan terus hidup apabila pembunuhan beramai-ramai dilakukan. Namun, dengan adanya Infinity Stones, kerja untuk menghapuskan populasi kehidupan yang berlebihan menjadi lebih mudah. Dan itulah tujuan Thanos mencari kesemua Infinity Stones di serata alam. 

Di dalam perjalanan mencari Infinity Stones tersebut, kematian demi kematian berlaku. Ketika Thanos mengambil Power Stone/Tesseract, Loki dan Heimdall akhirnya menemui ajal. Ketika Thanos mengambil Reality Stone pula, The Collector pula menemui ajalnya. Dan ketika Soul Stone mahu dimiliki, Gamora pula dijadikan korban. Time Stone pula menguji kesetiaan Doctor Strange pada prinsipnya manakala Mind Stone pula mengorbankan Vision.

Walaupun pada akhirnya, Thanos berjaya mendapatkan kesemua batu yang dia idamkan lalu memetik jarinya untuk melaksanakan apa yang dia kehendaki, jauh di sudut hatinya, Thanos sebenarnya mempunyai jiwa yang bergelumang dengan kekacauan. Dari satu posisi, Thanos dilihat sebagai seorang antagonis yang mempunyai matlamat. Dia ibarat Joker yang mempunyai prinsipnya tersendiri untuk melaksanakan kejahatan. 

Pada Thanos, matlamatnya menghalalkan cara. Dengan apa cara sekalipun, dunia harus diimbangkan. Keperluan makanan, tempat tinggal mahupun populasi harus sama supaya tidak berlaku kekurangan keperluan di masa hadapan. Dan Thanos melakukan apa sahaja untuk itu kerana dia percaya hanya dia seorang sahaja yang memahami apa yang sedang dia fikirkan. 

KEMATIAN SEPARUH DARI AVENGERS
When I'm done, half of humanity will still exist. Perfectly balanced, as all things should be... I hope they remember you.
Selepas Thanos berjaya mendapatkan Mind Stones di Wakanda, Thanos berjaya melaksanakan objektifnya. Perlahan lahan, kebanyakan daripada Avengers mulai lenyap daripada dunia menjadi debu. Antara yang menjadi debu ialah Bucky, Black Panther, Groot, Scarlet Witch, Falcon, Star-lord, Mantis, Drax, Doctor Strange dan Spider-man. Malah, Nick Fury dan Maria Hill juga turut hilang.

Maka, tinggallah sejumlah superhero seperti Captain America, Black Widow, Thor, Bruce Banner, Ware Machine, Okoye, M'baku, Tony Stark dan juga Nebula. Di dalam filem ini, nasib Shuri dan Wong masih menjadi persoalan yang belum ada jawapan. Malah, adakah Hawkeye, Ant-man dan The Wasp juga terlibat masih belum ditentukan. Carol Danvers, a.k.a Captain Marvel semestinya masih selamat kerana sempat membalas pesanan yang dihantar Nick Fury.


Kematian-kematian watak ini sebenarnya hanyalah sementara. Beberapa filem untuk watak Spider-Man, Guardians of the Galaxy dan Black Panther sudah dalam perancangan. Apa yang mungkin mahu disampaikan dengan kematian sementara ini ialah kemenangan di pihak Thanos. Infinity War ialah segalanya tentang Thanos dan kematian Avengers ini ialah akibat daripada kemenangan itu.

Namun, jangan risau, mereka akan kembali.

APA JADI KEPADA THANOS DI AKHIR FILEM


Selepas Thanos memetik jarinya, Thanos diteleport ke satu tempat yang agak pelik. Kawasan yang berwarna oren dan lantainya ialah air. Satu-satunya tempat yang berstruktur di situ ialah sebuah gazebo dimana dia pertamakalinya bertemu Gamora. Di sini, emosi dan jiwa Thanos dipersembahkan. 


Gamora: Did you do it? 
Thanos: Yes. 
Gamora: What did it cost? 
Thanos: Everything.
Tempat apakah Thanos dan Gamora bertemu itu tidaklah dikenalpasti. Namun, dari komik, berkemungkinan itu ialah Soul World, sebuah dimensi di dalam Soul Stone dimana roh dipenjarakan. Disebabkan warna batu Soul Stone ialah oren, maka ianya mungkin menjelaskan tentang kenapa Thanos memilih untuk ke dalam dunia itu dengan petikan jarinya untuk bertemu Gamora.


Perjalanan Thanos ke alam Soul World juga membuka teori baru bahawa Gamora bolehdikembalikan ke dunia nyata dengan adanya Soul Stone di tangan Thanos. Apa yang dipersembahkan di akhir filem ini selepas Thanos diserang Thor dengan Stormbreaker, Thanos duduk di tempat yang sunyi lalu merenung ke alamnya dan tersenyum.

Senyuman yang membawa seribu makna. Adakah Thanos sebenarnya gembira dengan cita-citanya yang sudah tercapai sehingga mengorbankan Gamora, anak angkat yang disayanginya? Atau Thanos sudah selesai dengan misinya dan percaya bahawa populasi dunia berjaya diseimbangkan apabila Infinity Stones melenyapkan separuh manusia dengan sendirinya?

APA TERJADI KEPADA INFINITY STONES DAN GAUNTLET?

Persoalan yang menjadi keterujaan ialah adakah Infinity Gauntlet milik Thanos sudah tiada lagi selepas petikan jari Thanos di akhir filem. Persoalan ini ditinggalkan sebagai cliffhanger untuk dijawab dalam filem Avengers 4 nanti. Di dalam filem ini, Thanos kelihatan seperti masih memiliki batu yang dikutipnya. 

Antara buktinya, Thanos berjaya menggunakan Space Stone untuk melepaskan dirinya dan berjaya menyembuhkan dirinya daripada serangan kapak Stormbreaker milik Thor. Kita juga dapat lihat bahawa Thanos sudah lagi tidak mempunyai minat terhadap Infinity Stones dan memilih untuk bersendirian di tempatnya.


Pengorbanan yang dilakukan oleh Thanos sebenarnya bukanlah untuk para Avengers. Matlamatnya bukanlah untuk menawan dunia. Pasukan Avengers hanya berada di laluannya kerana mereka mempunyai beberapa Infinity Stones dalam simpanan. Matlamat Thanos lebih besar daripada itu. Thanos berpecah belah dengan keinginannya untuk menyelamatkan dunia dengan caranya dan pengorbanan orang yang disayangi untuk mendapatkan apa yang dia nak. 

Infinity Stones bukanlah kehendak sebenar Thanos. Dia hanya mahu mendapatkan Infinity Stones dan melaksanakan tanggungjawabnya. Dan selepas itu, tiada lagi Infinity Stones di dalam dirinya.

PERANCANGAN PELIK DOCTOR STRANGE 

Antara babak yang sedikit memeningkan ialah ketika Thanos mendapatkan Time Stone daripada Doctor Strange. Di sepanjang filem, Doctor Strange berusaha untuk mempertahankan Eye of Agamotto dengan jiwa dan raganya namun di akhirnya, apabila Tony dalam bahaya, Doctor Strange memilih untuk menyerahkan Time Stone kepada Thanos.


Thanos seperti tidak percaya tentang hal itu dan menganggap itu ialah trik dan muslihat Doctor Strange. Namun, tidak. Itu bukan muslihat. Doctor Strange benar-benar menyerahkan Time Stone kepada Thanos dengan rela hati. 

Ketika Doctor Strange bertapa, dia melihat terdapat 14, 000, 605 kebarangkalian namun, hanya ada 1 sahaja daripada kebarangkalian itu untuk Thanos berjaya ditumbangkan. Apabila Doctor Strange lenyap, nampaknya kini menjadi tanggungjawab Stark untuk terus mencari apakah elemen yang boleh membawa kepada kebarangkalian yang satu itu. 

KENAPA RED SKULL TIDAK DAPAT KEMBALI KE BUMI

Antara perkara yang mengejutkan di dalam filem ini ialah kemunculan semula Red Skull dari filem Captain America: The First Avengers. Di dalam filem ini, kita melihat bahawa Red Skull berada dimana tempat tersimpannya Soul Stone, Vormir. Di dalam filem The First Avengers, Red Skull disedut ke dalam Space Stone dan menghilang.


Di dalam Infinity War, kita melihat bahawa Red Skull rupanya terdampar di tempat tersembunyinya Soul Stone. Tetapi, kenapa Red Skull tidak dapat pulang dengan mendapatkan Soul Stone? Hal ini kerana Soul Stone memerlukan pengorbanan. Ketika Red Skull sampai, dia berseorangan dan tidak ada seseorang untuk dijadikan korban. 

Thanos berjaya mendapatkan Soul Stone dengan mengorbankan Gamora. Dan apa nasib Red Skull selepas itu, tidaklah dapat dikenalpasti. 

KESIMPULAN


Jadi, pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab dalam filem ini berkemungkinan akan dijawab dalam filem Avengers 4. Berkemungkinan juga beberapa hint baru akan dapat disaksikan dalam filem-filem Marvel akan datang seperti Ant-man and the Wasp yang bakal ditayangkan pada tahun ini juga. Thanos berjaya membuka ruang untuk dia menyerlah, dan Infinity War ialah sebuah filem mega yang besar!

Avengers Infinity War kini di pawagam

Catat Ulasan

0 Ulasan