Filem 'Dukun' Ditambah Babak Baru Untuk Tayangan Pawagam

Dukun ialah filem pertama pengarah Dain Said sebelum dia mengarahkan filem yang menjadi bualan, Bunohan. Filem Dukun yang dikatakan diinspirasikan daripada kejadian pembunuhan oleh Mona Fendi menjadi bualan hangat apabila filem tersebut disimpan dan tidak ditayangkan kerana tidak dibenarkan oleh waris Mona Fendi.

Namun, sebab-sebab pengharaman filem itu hanyalah spekulasi. Tiada alasan yang jelas kenapa filem itu tersimpan agak lama sudah sedekad sebelum ianya akan ditayangkan selepas 10 tahun tayangan. Apa yang pasti, peminat tertunggu-tunggu filem ini apabila beberapa petikan filem ini pernah bocor beberapa tahun lepas.

Pada tahun 2018, filem ini berjaya dibocorkan pihak tertentu di internet. Malangnya, filem tersebut ialah filem yang tidak siap dan belum mempunyai pengakhiran. Dan selepas beberapa ketika,maka akhirnya, pada 5 April 2018, Dukun akan ditayangkan kepada umum. Astroshaw menyatakan bahawa filem ini mempunyai suntingan dan babak baru yang tiada dalam versi bocor. 

Malah, promosi filem ini seperti di trailernya mengajak penonton untuk datang dan menikmati penamat kisah ini yang mana tidak dapat dinikmati penonton yang menonton versi filem yang bocor. 

Filemkita telah menghuraikan 3 babak yang tiada dalam filem:



Catat Ulasan

0 Ulasan