Dwayne Johnson Jadi Diri Sendiri Dalam 'Fighting with My Family', Tonton Teaser Trailer Di Sini


Selain Rampage dan juga Skyscraper yang bakal menjadi buah tangan terbaru pelakon Dwayne Johnson, aktor yang berasal daripada WWE ini juga akan membintangi sebuah filem berkisar tentang dunia gusti bertajuk Fighting with My Family. Dwayne Johnson bertindak sebagai penerbit eksekutif kepada filem ini yang diterbitkan di bawah WWE Studio.



Filem yang diarahkan oleh Stephen Merchant ini akan mengisahkan kisah hidup penggusti wanita Paige. Pada 7 April, WWE mengeluarkan teaser filem tersebut yang mana memperkenalkan Florence Pugh sebagai Paige, Jack Lowden sebagai Zac, dan Dwayne Johnson sebagai dirinya sendiri. 

Projek ini diumumkan setahun lalu. Dan filem ini akan menjengah pawagam Amerika Syarikat pada September nanti. 


Selain pelakon yang disebutkan tadi, filem ini juga membariskan pelakon Vince Vaughn dan juga pelakon Game of Thrones, Lena Headey dan Nick Frost sebagai ahli keluarga Paige. Filem ini diadaptasi daripada dokumentari berkisar berkenaan Paige yang disiarkan pada tahun 2012 dengan tajuk yang sama.

Catat Ulasan

0 Ulasan