'Dukun' Lulus Tanpa Potongan LPF, PPIM Kesal Ianya Dilabel P13

Pengarah filem Dukun, Dain Said menyatakan bahawa filem Dukun tidak dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Ini bermakna, kesemua babak yang disunting lepas untuk tayangan kepada umum. Perkara ini semestinya satu berita gembira buat para peminat yang menantikan filem ini selepas lebih 12 tahun disimpan.
Akhirnya kerja keras yang diberikan barisan pelakon filem ini berbaloi setelah mendapat tahu akan khabar gembira ini. Baru minggu lepas pihak Astro Shaw maklumkan kepada saya bahawa filem pertama arahan saya itu mendapat tanda ‘lulus dan lepas’ untuk tayangan bermula 5 Mac ini. Lebih menggembirakan, satu babak pun LPF tak potong dan jalan cerita kekal sama seperti mana 12 tahun lalu sewaktu penggambaran dijalankan.
Bercakap kepada Utusan Online, Dain Said menzahirkan rasa syukur kerana kejayaan Astroshaw untuk memastikan kejayaan tayangan filem ini walaupun memakan masa agak lama. Pengarah yang terkenal dengan filem Bunohan dan Interchange itu kini tidak sabar untuk menunggu respon peminat.


Pada masa yang sama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia meluahkan rasa kurang selesa dengan tindakan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) yang memberi klasifikasi P13 untuk filem Dukun. Klasifikasi P13 membolehkan remaja berumur 13 tahun ke atas menonton filem tersebut dengan bimbingan dari penjaga. 
Saya agak tidak bersetuju pihak bertanggungjawab mengklasifikasikan filem ini sebagai P13, atau penonton yang melebihi usia 13 tahun.Ketua Aktivis (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, filem tersebut tidak sesuai untuk ditonton oleh kumpulan peringkat umur berkenaan. Bagi saya filem-filem sebegini sepatutnya perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia bukan saja memaparkan budaya ganas dan tahyul, malah boleh memberikan kesan negatif kepada penonton, khususnya kanak-kanak.
Ahmad Idham melakukan tindakan drastik dengan menarik balik filem Qhaliq yang bakal ditayangkan pada hari yang sama dengan Dukun. Tindakan itu dilakukan bagi memberi sokongan kepada filem Dukun dan memastikan filemnya mendapat perhatian sewajarnya daripada peminat filem.  

Catat Ulasan

0 Ulasan