Daniel Craig Sah Bakal Bintangi Filem James Bond Ke 25


Pelakon Daniel Craig kini sah menyatakan pengelibatannya dalam filem James Bond ke 25. Pelakon yang memulakan kemunculan pertamanya sebagai James Bond dalam filem Casino Royale pada tahun 2006 sudah melakonkan watak itu sehingga tiga filem. Daniel Craig mengesahkan perkara ini dalam satu jualan bida dimana dia menjual kereta Aston Martin miliknya.


Ketika disoal oleh Associated Press berkenaan pengarah filem James Bond tersebut, Daniel Craig nampaknya tidak berani mendedahkan perkara tersebut. Khabar angin kuat menyatakan bahawa Danny Boyle bakal menjadi pengarah kepada filem berkenaan. 

James Bond versi Craig ialah kelahiran semula watak tersebut yang lebih mendekati realiti. Malah, aksinya juga lebih lasak sekaligus menjadikan filem James Bond versi Daniel Craig ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, buat masa ini tidak banyak informasi berkenaan perkembangan filem ini.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan