Babak Komik: Tony Stark Bukan Anak Kandung Howard Stark



Teori Soul Stone yang dikatakan berada di tangan Tony Stark membuka spekulasi baru. Bagaimana Soul Stone boleh berada dalam jagaan Iron Man yang sudah lama berada dalam dunia MCU? Adakah ada tersembunyi sesuatu di dalam badan Tony Stark yang masih belum dibuka rahsianya semenjak dari awal MCU bermula?


Kisah ini diceritakan dalam komik Iron Man Vol.5 #7 - #17. Mungkin perjalanan kisah ini amat baru dan tidak pernah anda ketahui. Tetapi, dengan teori baru yang ditonjolkan promo art terbaru untuk filem Infinity Stone, mungkin ianya ada kebenaran.

Semuanya bermula apabila alien bernama Recorder 451 menjumpai planet bumi. Pada tahun 1970an, dia membantu Howard Stark dan pasukan khasnya yang sedang sedaya upaya menyelamatkan anaknya yang belum lahir dan sedang bertarung nyawa di dalam kandungan.

Recorder 451 berjanji untuk menolong Howard Stark tetapi dengan syarat, anaknya itu akan dijadikan bahan ujikaji teknologi barunya. Howard Stark bersetuju. Lalu, dengan teknologi kaum Kree, maka Recorder 451 menyelamatkan anaknya dan Arno Stark dilahirkan.

Arno dilahirkan dengan sihat, namun tidak dalam jangka masa yang lama. Kesihatan Arno kemudiannya menyusut. Doktor menyatakan bahawa Arno tidak dapat hidup lama tanpa bantuan perubatan. Disebabkan takutkan Recorder 451 kembali, maka Howard Stark mengambil anak angkat yang sihat lalu dinamakan Tony Stark.



Sedekad kemudian, Howard Stark dan isteri mati dalam kemalangan. Tony Stark menjadi Iron Man. Tony mengembara ke seluruh angkasa lalu bertemu dengan Recorder 451. Recorder 451 yang tidak mengetahui bahawa Tony bukanlah anak sebenar Howard Stark memintanya untuk mengendalikan suit perisai besar yang dikenali sebagai Godkiller.

Namun, Tony tidak mampu mengawal Godkiller kerana dia tidak memiliki genetik Kree yang diberikan Recorder 451 dahulu. Dan ketika inilah dia tahu bahawa dia bukan anak kandung Howard Stark dan Maria Stark. Lalu, dia mencari Arno di Maria Stark Fundation dan bereka berjumpa. Ketika ini, Recorder 451 dah mati dan tidak mengetahui tentang rahsia Arno dan Tony ini.


Mungkinkah kisah ini akan digunakan untuk filem Infinity War? Hanya masa menentukan…

Catat Ulasan

0 Ulasan