The Rock Janji 'Rampage' Takkan Gagal Seperti 'Doom'

Filem terbaru Dwayne Johnson diyakini tidak mengulangi kegagalan filem Doom yang juga merupakan filem adaptasi permainan video lakonan pelakon yang sama. Filem Rampage diarahkan oleh Brad Peyton yang sebelum ini pernah mengarahkan pelakon Dwayne Johnson dalam filem San Andreas.


Rampage ialah adaptasi daripada game arked 80an yang mana diyakini berbeza daripada pelbagai filem adaptasi permainan video sedia ada. Dalam satu temubual bersama Total Filem, Dwayne Johnson menyatakan bagaimana Rampage bakal menjadi lebih baik daripada filem Doom. 
I lived the video game curse because I made Doom. And Doom was a movie based off a very popular video game and was incredibly unsuccessful. So I lived the curse, and I experienced it. … Also making sure that there was a winking charm and humor in Rampage that, for me personally, was not in Doom.
Rampage tidak mengadaptasi permainan video yang mana mempunyai plot yang kemas. Brad Peyton menyatakan bahawa pelbagai perubahan plot digunakan untuk memberikan adaptasi ini lebih realistik berbanding permainan video asal. Dengan perubahan ini juga, diharap bahawa Rampage dapat memberikan penghormatan sewajarnya kepada permainan video asal.
[Fans of the game] get all the things that you remember about it and you can smile about. But then there’s all this room to do things and build a story and build characters and do what I wanted. That allows us to exceed expectations and have a lot of fun and just deliver in a way that a good movie needs to deliver.
Kejayaan filem adaptasi permainan video seperti Tomb Raider, Resident Evil dan juga lainnya memungkinkan Rampage untuk mengalami kejayaan yang sama. Namun, ianya terpulang kepada penonton untuk menilainya ketika tayangan nanti. Kejayaan Rampage bergantung sepenuhnya kepada bagaimana peminat permainan ini menerima adaptasi dan juga kekuatan penceritaan filem ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan