Salman Khan Perkenalkan Poster Terbaru Dan Logo Filem 'Race 3'



Akhirnya, filem Salman Khan yang ditunggu-tunggu telah sampai kepada kemuncaknya. Poster karakter Race 3, filem ketiga daripada siri filem Race kini didedahkan oleh pelakon Salman Khan di laman Twitternya. Salman Khan menyatakan bahawa filem ini akan ditayangkan di pawagam di India pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.



Selain poster karakter dirinya yang memegang watak Sikander, Salman Khan turut memperkenalkan heroin terbaru filem ini, Jacqueline Fernandez dan aktor Bobby Deol yang sudah lama menghilangkan diri dalam arena Bollywood.




Salman Khan juga mendedahkan teaser pengenalan logo filem ini di Instagramnya.

Race 3 diarahkan oleh Remo D'Souza yang mana menggantikan Abbas-Mustan yang mengarahkan dua filem sebelumnya. Selain Salman Khan dan Jacqueline Fernandez, filem ini akan menampilkan Daisy Shah, Bobby Deol, Anil Kapoor, Saqib Saleem dan ramai lagi pelakon. Saif Ali Khan tidak akan kembali dalam siri ketiga ini.



Catat Ulasan

0 Ulasan