Raja Ilya Tolak Tawaran Superhero Marvel, Bakal Bintangi Filem Hollywood Lain


Pelakon Raja Ilya yang dikhabarkan bakal membintangi filem superhero Marvel Studio nampaknya terpaksa melupakan hasrat tersebut setelah memilih untuk menolak tawaran yang diberikan. Katanya, dia menolak tawaran itu kerana beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak studio tersebut tidak sesuai dengan dirinya. 



Raja Ilya berkata kepada BHOnline: 
Saya terima dengan hati terbuka biarpun terpaksa melepaskan perkara besar. Ini kerana saya fikir tidak sesuai dengan kita. Saya tidak boleh ulas panjang tapi saya percaya semua pihak faham. Orang boleh buat apa juga andaian tapi keputusan ini diambil demi kebaikan saya dan masa depan kerjaya 
Raja Ilya atau nama penuhnya Raja Ramilah Begum Raja Mohamad yang sudah berusia 32 tahun sudah berada di Hollywood semenjak awal Mac bagi mencuba nasib bagi menyertai ujibakat membintangi filem adiwira terbitan Marvel. Raja Ilya melakukan persiapan rapi selama 3 bulan untuk mendapatkan bentuk badan ideal agar sesuai dengan watak yang bakal dilakonkan. 

Daripada gambar di Instagramnya, ramai yang meneka bahawua Raja Ilya bakal memegang watak Miss Marvel dalam filem Captain Marvel yang dilakonkan Brie Larson. Filem tersebut sedang menjalani penggambaran sekarang. Namun, harapan peminat nampaknya hancur akibat penolakan tawaran ini.
Saya sangat teruja untuk berkongsi... Tetapi saya sudah tandatangan perjanjian rahsia dan diminta 'mengunci' mulut. Saya minta semua peminat mendoakan yang terbaik. Saya berjanji apabila sampai masanya, saya akan beritahu dengan lebih lanjut.

Di sebalik penolakan tawaran ini, Raja Ilya menyatakan bahawa dia mendapat tawaran lain dari produksi filem Hollywood. Dia menyatakan bahawa selepas selesai menjalankan penggambaran beberapa drama seperti Syurgaku Tak Sempurna 2 serta dua buah filem, dia akan terbang semula ke Amerika Syarikat untuk memulakan projek filem yang dipersetujui.
Saya bertuah dipertemukan dengan ramai pengarah, pelakon dan penerbit filem yang sangat komited dengan kerjaya dan mereka tidak lokek berkongsi pengalaman. Tidak ketinggalan, saya berpeluang pergi ke acara parti selepas Anugerah Akademi dianjurkan.
Apapun, kami doakan yang terbaik untuk Raja Ilya. All the best! 

Catat Ulasan

0 Ulasan